Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air sedalam kira-kira tiga meter di Kampung Balai Panjang, Malim, di sini, hari ini.





Kejadian ketika Khairul Nazril Haziq Khairul Nazremy dikatakan sedang bermain bersama abangnya, Khairul Nazri Hakimi, 5, di sekitar kolam yang terletak bersebelahan rumah datuk mereka.


Pegawai Bomba Kanan 2, Mokhtar Othman dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu, berkata mereka menerima panggilan pada 2.44 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


"Bomba memulakan operasi menyelamat pada 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Dalam kejadian itu, abangnya turut terjatuh dan lemas namun berjaya diselamatkan bapa saudaranya.


Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Suraiziah Mulub, 31, berkata ketika kejadian dia dan suaminya tiada di rumah kerana menjemput dua lagi anak mereka pulang dari sekolah.


"Ketika kejadian, saya dan suami sedang mengambil dua orang lagi anak kami yang bersekolah di Malim dan menerima panggilan daripada keluarga suami saya menyatakan Haziq lemas," katanya yang tinggal di Pokok Mangga.


Beliau berkata, suaminya juga cuba berusaha turun ke kolam tersebut sebelum meminta bantuan bomba untuk mencari Haziq, namun gagal kerana kolam itu terlalu dalam.


"Kami tumpangkan dua beradik itu bersama datuk dan nenek untuk menjaga mereka sementara kami menguruskan hal persekolah dua lagi anak kami," katanya. - Bernama 


AL FATIHAH BUAT MANGSA LEMAS ADIK MOHD HAZIQ BIN KHAIRUL AZMI














PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment