Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Tanpa Hari Semalam, Takkan Ada Hari Ini


Mengapa tajuk artikel saya buat kali pertama ini ialah “ Tanpa Hari Semalam , Takkan Ada Hari Ini”.? Kerana saya ini berkait rapat dengan hidup saya , anda dan kita semua. Ye , benar. Tanpa ada hari-hari semalam , kita takkan menjadi seperti hari ini. Kepahitan yang kita lalui dahulu telah memberi kemanisan pada kehidupan kita hari ini.

Pengalaman lalu banyak mengajar kita tentang kehidupan dan memberi kita satu kekuatan untuk kita menghadapi cabaran dan dugaan Allah pada hari ini. InsyaAllah. Dan kerana hari semalam juga , kita mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain kerana kesungguhan dan keperitan kita telah membuahkan hasil yang cukup lumayan. Alhamdulillah.

Jika anda belum lagi mencapai apa yang anda inginkan pada hari ini , bersyukurlah kepada Allah kerana mungkin hari ini akan menjadi titik permulaan untuk anda memulakan penghijrahan diri. InsyaAllah.

Ben Sweetland dalam bukunya , Saya Pasti telah mengungkapkan kata-kata yang pada saya dapat memberikan satu inspirasi kepada kita , InsyaAllah iaitu “ Bergembiralahjika kehidupan anda dipenuhi kehampaan. Bergembiralah kerana matlamat utama anda masih berada di hadapan.

Berterima kasihlah kepada mimpi-mimpi lalu yang tidak menjadi kenyataan. Mengapa kita bersorak untuk kegagalan masa lalu? Kita bersorak kerana pengalaman baru dan menarik yang bakal tiba”. Saya amat bersetuju dengan kata-kata beliau kerana setiap hari adalah hari baru buat kita. Kita akan melalui pengalaman baru , situasi baru dan pastinya dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut. InsyaAllah. Jika anda belum melakukan perubahan dalam hidup anda , tanamkan dalam jiwa anda pada saat ini juga bahawa “ Aku nak berubah. Aku nak jadi lebih baik daripada semalam. Kalau orang lain boleh , mengapa tidak aku?

“ . Tetapi , perlu diingat bahawa niat untuk berhijrah itu biarlah kerana Allah dan bukan kerana saya atau orang lain. Dr HM Tuah Iskandar pernah berkata “ Untuk berubah memang mudah , tapi untuk kekal dengan perubahan tersebut , amat payah “. Nah. Sudah pasti anda akan melaui dugaan yang pastinya menggugat niat anda untuk berubah. Jangan mudah untuk berpatah balik kerana Allah sedang menguji anda untuk melihat adakah anda benar-benar ingin berubah atau sekadar main-main sahaja? Harus diingat bahawa Allah menguji kita mengikut kemampuan kita seperti yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 286
Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya

Benarlah. Tanpa ada hari-hari gelap semalam , tidak mungkin hari-hari yang cerah akan menjelma pada hari ini. Pada saya , pengalaman lalu banyak mengajar saya mengenai kehidupan. Jika dahulu saya seorang yang jahil.

Alhamdulillah hari ini saya telah keluar daripada kepompong kejahilan. Sebenarnya , ujian yang didatangkan oleh Allah sedikit sebanyak telah menghijrahkan diri saya ke arah yang lebih baik. 5 tahun berada di sekolah menengah banyak memberi saya pengajaran. Pengalaman dibuli , dicemuh , dimaki hamun mengajar saya erti bersabar.

Saya tahu saya hanyalah seorang insan yang lemah dan saya tidak mampu untuk melawan mereka yang lebih “ hebat” daripada saya. Tiap kali dugaan Allah menimpa , apa yang saya boleh lakukan saya menangis dan merintih padaNya. Alhamdulillah , saya mempunyai ibu yang begitu memahami saya dan sahabat yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan kepada saya ketika saya jatuh. Tanpa mereka , saya tidak akan menjadi seperti hari ini.

Tidak dinafikan apabila saya didatangi dugaan yang berata ayat ini sering meniti di bibir saya ‘ Allah tak adil dengan aku. Kawan-kawan aku semuanya happy , aku nak kehidupan normal. Orang kata di sebalik dugaan Allah , ada hikmah tappi aku tak nampak pun.Aku benci hidup aku.Aku nak mati.Aku dah putus asa.’ Kehidupan saya pada 4 5 tahun lalu begitu perit kerana itu la tahun yang Allah mula-mula menurunkan ujian buat saya. Saya sudah rasa semuanya.

Pada tahun peperiksaan ( PMR dan SPM) , saya diuji dengan masalah kesihatan. Setiap kali exam ada sahaja mata pelajaran yang saya skip kerana masalah kesihatan. Pada awalnya saya memang putus asa yang sangat-sangat, namun melihat pada pencapaian PMR yang agak cemerlang dengan keputusan 8A 1B, memberi saya motivasi untuk terus melangkah ke hadapan. Masuk sahaja ke Tingkatan 4 dugaan yang lain pula datang. Saya tidak memohon ke mana-mana sekolah.

Entah kenapa. Takdir Allah mungkin. Saya kembali seperti dulu bahkan lebih teruk. Keputusan exam semakin merosot( tidak mencerminkan langsung saya pelajar cemerlang PMR). Kerja sekolah pun jarang-jarang buat.Mengapa? Saya menyesal kerana tidak memohon ke sekolah lain. Menyesal yang amat. Ini memeberikan tamparan hebat buat saya. Sifat rendah diri semakin menguasai diri dan saya menjadi semakin sensitif. Saya kecewa dengan diri sendiri kerana tak memohon ke sekolah berasrama penuh dan MRSM. Entah mengapa, mungkin kerana saya rasakan saya tidak setaraf dengan rakan-rakan yang lain.

Saya mengalami kemurungan dan dekat seminggu juga lar saya tak ke sekolah.Mungkin juga kerana saya baru nak menyesuaikan diri dengan mata pelajaran baru terutamanya Add Math , Bio , Kimia dan Fizik.Saya tak pernah study dan tak buat kerja sekolah. Buat jarang-jarang. Tambahan pula , saya terpaksa berdepan karenah pengawas form 5 yanga masa tu tak puas hati dengan saya. Saya tak suka dengan cara mereka , jadi ada satu masa tu ketika ketua pengawas berucap , saya buat muka kat dia. Time mesyuarat pun , nama saya je yang selalu diorang sebut .Samapaikan cikgu disiplin panggil saya dan cakap budak form 5 complain pasal perangai saya. Allahurabbi.

Untuk pengetahuan para pembaca, semasa berada di menengah bawah saya tidak pernah menjadi diri saya. Daripada segi pakaian saya lebih suka ikut fesyen. Masa tu selendang yang menjadi pilihan saya. Meskipun tidak selesa sebab saya selalu rasa orang perhatikan saya, saya pakai jugak sebab nak tarik perhatian orang lain. Tetapi semakin meningkat usia saya, saya mula sedar yang saya perlu menjadi diri saya. Bila tengok balik gambar-gambar dulu saya cakap pada diri saya ‘ bodohnye aku. Malu betul.’

Sekarang, saya dah ada keyakinan diri, Saya suka berbaju kurung atau berjubah ke mana saja saya pergi. Seluar pakai juga kalau nak keluar pergi outing dengan kawan-kawan atau dengan keluarga. Cuma ada satu yang saya tak mampu buat sampai hari ni. Berdikari, saya pun tak tahu sampai bila saya nak bergantung pada orang lain.

Saya ada kisah nak dikongsikan bersama. Masa saya di Tingkatan 4 cikgu pilih saya untuk ke kursus PPDa-Petronas. Ini kali pertama saya ke kursus. Sebelum nie saya hanya aktif bersilat tapi berhenti masa Tingkatan 3 sebab nak tumpukan perhatian pada PMR. 4 orang rasanya yang wakil sekolah. Yang perempuan saya dengan sahabat baik saya yang terpilih. Jadi bila daftar dia bagi kitaorang nombor kumpulan. Saya pun ah.Macam mana ni. Bila dah bahagikan tu, saya rasa macam nak menangis nak balik. Saya bagitahu kat sahabat baik saya, dia cakap sabarlah. Saya asyik nak berkepit dengan dia jer. Masa duduk dalam kumpulan saya hanya tunduk bawah dan senyap.

Rasanya ada la 10 orang pelajar dalam satu kumpulan daripada sekolah yang berbeza. Campur lelaki dan perempuan. Masa rehat saya terus jumpa kawan saya. Minta nak satu kumpulan dengan dia, dia pun terus carikan saya kawan yang dalam group sama. Masa Ice Breaking , yang perempuan kena keliling lelaki sebab kita kena tanya diorang nama , sekolah dengan perfume yang diorang pakai.

Disebabkan saya tak pandai berkomunikasi , saya cakap macam nie ‘ Weyh! Nama pe? Sekolah mana?’ Budak tu terkejut kot. Dia cakap apa weyh-weyh. Memang tabiat saya kot suka panggil orang weyh.

Alhamdulillah, saya dapat biasakan diri dengan suasana baru. Buat aktiviti sama-sama. Having fun la kira. Dari situ, banyak perkara yang saya belajar terutamanya keyakinan diri. Bila terpilih sekali lagi untuk ke Nadwah Kepimpinan Islam , saya rasa lebih yakin dan bersemangat. Nadwah nie peringkat Negeri dan penganjur nak cari 10 orang pelajar untuk mewakili Kelantan ke peringkat Kebangsaan. Dalam hati saya , saya memang nak tapi nampak budak SBP terus hancur harapan. Tapi saya cakap kat diri saya memang nak. Saya berdoa, minta dengan Allah supaya beri peluang untuk saya.

Lepas solat Zuhur, diorang bahagikan pelajar kepada 10 kumpulan( 5 kumpulan lelaki dan 5 kumpulan perempuan). Alhamdulillah rezeki saya, dalam kumpulan saya tak ada pun budak SBP. Penganjur nak seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk berucap kat depan dengan merumuskan apa yang telah dibicarakan oleh para penceramah masa diorang berucap tadi. Dalam kumpulan saya ada dua orang cikgu. Cikgu tanya kitaorang jawab.

Lepastu cikgu akan pilih siapa yang akan berucap di depan. Bila cikgu tanya saya lihat tiada orang pun nak jawab, lepas tu saya ambil peluang ni untuk jawab. Ada la dalam 5 soalan di tanya , saya yang jawab. Akhirnya saya di pilih untuk berucap di depan. Pengalaman pertama berucap di hadapan orang. Terketar-ketar tapi Alhamdulillah lancar. Sebulan dua lepas tu, cikgu cakap yang saya terpilih untuk ke peringkat kebangsaan. Alhamdulillah di sana lagi banyak yang saya belajar.

Begitulah perubahan positif yang berlaku dalam hidup saya. Daripada tak tahu jadi tahu. Apa yang saya perhatikan ialah Allah tak bagi terus apa yang saya nak mudah-mudah. Banyak dugaan dan ujian yang Dia beri kepada saya sampai lar hari ini. Saya masih lagi menangis seperti dahulu bila diuji oleh Allah. Dan Alhamdulillah saya dah nampak hikmah Allah uji saya dulu.

Pertama, saya boleh menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakan yang memerlukan.
Kedua, saya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi ujian Allah.
Ketiga, saya dah jumpa diri saya yang sebenar. Apa yang saya nak , cita-cita saya dan impian saya. Keempat, saya sudah ada keyakinan diri walalupun tak banyak tetapi cukup untuk menjadi seperti hari ini. Kelima, hubungan saya dengan Allah lebih baik daripada masa saya jahil dulu.
Keenam, saya temui satu lagi kelebihan dalam diri saya iaitu sifat kepimpinan.

Selebihnya biarlah Allah sahaja yang tahu. Allah lebih Mengetahui segala-galanya. Benarlah tanpa pengalaman dan kenangan lalu, saya tak mungkin boleh menulis seperti hari ini. Buat anda yang baru sahaja diuji oleh Allah, bersabarlah dan kuatkan hati. Ada hikmah di sebalik ujian Allah. Mungkin bukan esok kita akan nampak tetapi InsyaAllah akan tiba satu saat kita akan nampak segala hikmah yang tersirat di sebalik dugaan yang kita tempuhi hari ini.

Apa yang anda lalui hari ini akan jadi satu kenangan yang tidak mungkin anda lupakan nanti kerana ini menjadi titik tolak perubahan dalam hidup anda. Buat yang sudah melaluinya , tahniah saya ucapkan. Apa perasaan anda sekarang? Lebih bahagia atau lebih sengsara? Pada saya benarlah, tanpa ada hari-hari semalam , hari bahagia ini takkan ada.

Saya mungkin masih jahil , lemah , putus asa dalam hidup , tidak yakin pada Allah , tidak kenal siapa Tuhan saya yang sebenar , masih lagi berpura-pura menjadi orang lain , tiada keyakinan diri , hidup dalam kemurungan , tidak boleh menc apai apa yang saya capai hari ini dan masih lagi tidak temui kekuatan diri. Setakat ini dulu coretan saya. InsyaAllah , nantikan artikel saya yang akan datang. Siapa kita hari ini adalah kerana hari semalam. Tanpa hari semalam , takkan ada kita hari in. Wallahua’lam.

Tips Meningkatkan Motivasi Diri




Motivasi adalah ibarat makanan asas untuk setiap individu. Anda, saya, kawan-kawan anda dan saya, pakcik,makcik, datuk, nenek dan semua orang. Tahap motivasi yang dimiliki seseorang membezakan dia dan orang lain. Ianya boleh dilihat melalui tindakan kita pada setiap masa.


Orang yang bermotivasi, akan bangkit dari tidur dengan perasaan segar dan sentiasa bersedia untuk ke pejabat atau ke kelas atau ke mana sahaja urusannya. Orang yang tiada atau kurang motivasi, akan bangkit dari tidur dengan perasaan lemau, malas dan layu. Terasa berat sekali untuk bangkit dan bersiap sedia untuk ke kelas atau ke pejabat. Itulah impak nilai motivasi pada diri seseorang individu. Tetapi, kita selalu memandang remeh keperluan motivasi kepada kita.

Tidak semua orang melihat motivasi diri sebagai sesuatu yang sangat penting untuk kehidupannya. Ramai antara kita yang syok sendiri atau perasan kononnya ‘aku sudah cukup hebat!’ atau ‘aku tahu apa yang aku mahu!’ dan sebagainya. Hasilnya, dia sekadar statik di posisinya, tanpa kemajuan, tanpa perubahan. Ayuh audit diri kita, adakah kita juga begitu?

Ramai orang tertanya-tanya, bagaimana untuk memiliki motivasi diri yang tinggi? Orang buat tidak baik pada kita, kita relax dan cool sahaja. Orang marah kita, kita tenang sahaja. Orang maki kita, kita sabar dan kunci mulut sahaja. Orang kutuk kita, kita senyum sahaja. Lebih baik jika apabila diperlakukan sebegitu rupa, kita ucapkan Alhamdulillah.

Ya, bukan mudah. Kalau logik fikiran orang kebanyakan akan beranggap, ‘Bodoh. Orang maki kau diam je. Memang bodoh!’.

Persoalan: Adakah benar kita bodoh?

Menurut saya, tidak. Kita, apabila yakin dan percaya atas apa yang kita lalui setiap waktu sebagai aturan Allah swt, kita akan lebih berlapang dada atas setiap apa yang kita lalui. Kita akan lebih bermotivasi lantas menjadi seorang yang lebih tenang dan damai hatinya.

Memanglah bukan mudah. Kenapa? Kerana kita tidak memujuk hati dan fikiran kita dengan motivasi diri yang tinggi. Kita terlalu memanjakan hati dan fikiran kita dengan input-input negatif. Contohnya, ‘Aku tak rasa aku boleh buat benda ni. Susah betul ni!’. Walhal kita belum cuba lagi, kita sudah mengalah. Lihatlah betapa kita tinggalkan motivasi jauh di belakang.

Contoh lain betapa negatifnya pemikiran kita adalah seperti: ‘Dia ni pandang aku satu macam mesti sebab dia dengki dengan aku sebab markah aku tinggi. Aku tak boleh buat baik dengan orang macam ni!’. Itu tanggapan negatif semata-mata. Dalam diam syaitan bertepuk tangan, ‘hoorey hoorey’ kerana berjaya mempengaruhi fikiran kita. Yang kalah adalah kita. Ya, kita.

Sekadar mahu kongsikan apakah perkara yang wajar kita lakukan untuk meningkatkan motivasi diri. Semoga bermanfaat untuk anda, saya dan kita semua!

Bisikkan kepada diri sendiri setiap hari bahawa, ‘aku seorang yang positif dan bermotivasi tinggi’. Jadikan diri kita sebagai inspirasi setiap orang sebaiknya.
Banyakkan membaca bahan motivasi contohnya buku-buku motivasi, cerpen motivasi, mendengar perkongsian motivasi di radio ataupun menonton perkongsian motivasi di TV atau internet.


Banyakkan menulis perkara-perkara positif walaupun kita tahu pada waktu itu kita masih ada rasa sedih, kecewa, dan sebagainya. Jika mempunyai akaun Twitter atau FB, kurangkan keluhan tetapi perbanyakkan kata-kata positif. Lama kelamaan ia akan sebati dengan diri kita.
Berkawanlah dengan orang-orang yang positif dan bermotivasi tinggi. Kurangkan berkawan dengan orang yang suka mengeluh, complaint, selalu bersedih, kurang bersyukur, dan berfikiran negatif. Kerana kawan-kawan begini akan mempengaruhi kita. Jadi, pilih kawan yang betul!

Perbanyakkan amal ibadat kepada Allah swt. Jaga solat fardhu, amalkan solat sunat, perbanyakkan mengingati Allah dan membaca Al Quran. InsyaAllah amal ibadat begini akan selalu membuatkan jiwa kita tenang dan sekaligus menjadikan kita orang yang positif dan bermotivasi.

Tanamkan azam untuk menjadi manusia yang bermanfaat dan mampu memanfaatkan orang lain. Sekiranya ini azam kita, semestinya kita lebih bersemangat untuk menjadi lebih baik dan lebih baik.

Banyakkan berserah diri kepada Allah swt. Kerana rasa sedih, kecewa, sakit, gembira, suka, bahagia, semuanya Dia yang campakkan ke dada kita.

8 FAKTA Mengenai SUSAH HATI

Berikut adalah fakta-kakta mengenai susah hati:-


1) Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.

2) Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?

3) Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.

4) Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.

5) Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?

6) Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.

7) Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.

8) Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini.

Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.

Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat?

(Quran 55: 13)
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

Ingatlah tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.

Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.

Wallahuaklam!

Tujuh Perkataan Mulia Yang Perlu Di Ucap Setiap Hari

 

Jadikan 7 perkataan mulia ini ucapan harian kita. Semoga hidup kita lebih di berkati. In Shaa ALLAH

Maksud Iman, Kepercayaan, Harapan..



Apakah maksud Iman?

Di sebuah kampung, penduduk kampung berasa bimbang akan tanaman mereka. Hal ini kerana hujan tidak turun untuk sekian lama. Lalu mereka membuat keputusan untuk solat hajat di di padang. Meminta untuk diturunkan hujan. Pada hari tersebut, ramai yang turun untuk melakukannya. Dalam ramai-ramai yang ada, seorang budak telah datang dengan payung. Itulah maksud iman.

Apakah maksud Kepercayaan?

Ia dapat dilihat kepada bayi. Ketika ayah atau ibunya melempar dirinya ke udara. Perkara itu munkin merbahayakan dirinya.Tetapi dia tetap mampu senyum kerana percaya ianya akan disambut. Itulah kepercayaan.

Apakah maksud Harapan?

Setiap hari kita ke kamar untuk tidur. Sebelum kita tidur, kita mengunci jam kita berdasarkan wakt yang dimahukan walaupun kita tidak pasti kita akan hidup untuk esok. Itulah harapan.

Apakah maksud Keyakinan?

Kita merancang untuk hari esok. Walaupun kita tahu wujudnya ketidak pastian terhadap perkara esok. Itulah keyakinan.

Apakah maksud Terlalu Yakin?

Kita tahu dunia ini tidak rasional. Kita tahu banayk perkara terjadi dan sering berulang. Kita lihat dunia ini menderita dan perkara ini sering sahaja tejadi. Tetapi, mengapakah kita berkahwin. Hehe



Cinta – Anda Bujang, Tunang, Kahwin, Playez?


Wahai saudara/saudari seagamaku.. Ketahuilah bahawa perasaan minat, suka, jatuh hati, jatuh hati dan seumpamanya ialah sebuah fitrah kemanusiaan yang dijadikan Allah untuk melengkapi kehidupan seseorang manusia.

Ia akan menjadi ladang pahala apabila diteruskan dan disemai dalam bingkai perkahwinan. Namun, ia akan menjadi penghasil dosa yang luar biasa apabila hanya di bingkaikan percintaan tersebut dengan sikap berpoya-poya.

Jadi bagi mereka yang sudah sedia berkahwin, maka carilah cinta anda dan kahwinilah si dia dengan seberapa segera. Namun, bagi remaja yang hanya ingin merasai cinta, dicintai, mencintai semata-mata, fikirkanlah perasaan itu banyak-banyak kali kerana telah ramai di antara manusia yang kepenatan dan kelelahan bermain dengan api cinta remaja.
Bagi Yang Masih Bujang

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin dikejar, makin ia menghindar. Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang tak terduga. Cinta dapat membahagiakanmu tapi sering juga manusia bercakap mengenai cinta sungguh menyiksakan.

Jadi, cinta itu hanya layak diberikan kepada seseorang yang istimewa yang akan kamu jadikannya suami/isteri sahaja. Jadi jangan risau, bertenang sahaja, jangan terlalu terburu-buru memiliki cinta dan pilihlah dikalangan cinta yang terbaik!
Bagi Yang Ragu-Ragu Dengan Kahwin

Cinta bukannya perkara menjadikan seseorang itu sempurna. Akan tetapi ia perkara menemukan seseorang yang dapat membantumu untuk kamu jadi sesempurnanya.
Bagi Yang Sudah Kahwin

Kalau cinta, jangan katakan, “Ini salah kau!”. Tapi sebutlah, “Maafkan sayang..”

Jangan pula katakan, “Kau di mana!”. Tapi sebutlah, “Sayang di sini, kenapa ya?”

Bukan juga katakan, “Bolehkah kau begitu?”. Tapi, “Ya sayang, abang mengerti..”

Dan jangan pula katakan, “Cubalah buat!”. Tapi ucaplah, “Terima kasih sayang..”



Bagi Yang Patah Hati

Sakit patahhati bertahan selama anda menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam anda membiarkannya. Menentangnya bukanlah cara yang sesuai untuk mengatasinya, melainkan apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Bagi Yang Belum Pernah Jatuh Cinta

Bagaimana mahu jatuh cinta? “Kalau mahu jatuh, jatuhlah. Tapi jangan sampai terjerumus!”Tetaplah konsisten tapi jangan terlalu keras. Bahagilah dan jangan sesekali berlaku tidak adil. Fahamilah dan cubalah untuk tidak menuntut. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tapi jangan sampai keterlaluan kerana sifatnya cinta memang mampu melukakan.

Bagi Yang Masih Cintai Si Dia Yang Dah Pergi

Perkara menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta, hanya kemudian pada akhirnya kamu sedari bahawa dia bukanlah jodoh kamu.

Dengan hal demikian, kamu telah mensia-siakan hari-harimu, bulan-bulanmu malahan bertahun-tahun dengan seseorang yang bukannya jodoh kamu sedangkan si isteri/suami mu sedang menanti kehadiranmu.Kalau sekarang pun dia tak layak, 10 tahun dari sekarang juga dia tak akan layak!

Lebih baik kamu ketahui perangai buruknya sekarang sebelum si dia menjadi sebahagian hidupmu yang akan selalu melukakanmu. Biarkan dia pergi, terus lupakan!

Bagi Yang Jenis Playez

Jangan katakan “Aku Cinta Pada Mu” bila anda benar-benar tidak peduli. Jangan bicarakan soal perasaan hati bila itu memang tidak benar-benar ada. Jangan pula anda sentuh hati seseorang bila anda mula berniat mematahkan hatinya.

Jangan menatap ke dalam-dalam matanya bila mana pandangan anda itu hanyalah pembohongan. Dan perkara yang paling kejam ialah, jangan pernah anda biarkan anda di cintai sedangkan anda tidak berniat sama sekali untuk menerimanya saat dia terjatuh !..

Salahkah Wanita Tak Pandai Memasak..??




Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan tidak yakin pada diri untuk menjadi Imam.

Kalau tidak pandai menjadi Imam, belajarlah sekarang. Jika wanita boleh disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar untuk memperbaiki bacaan al-Fatihah dan belajar cara untuk menjadi seorang Imam kepada isteri.!

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.



Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

Betul juga ? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’.Kesimpulananya: Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri.

Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.

Memilih Isteri Solehah


Perkara pertama yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah memilih isteri solehah.

Hendaklah isteri itu seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya.

Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit.

Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap tidak amik tahu saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus.

Demikian pula sifat wanita yang rosak agamanya akan sering mempermain-mainkan harta benda suaminya atau sebagainya, sehingga hidup si suami dengannya akan sentiasa kurang tenteram.

Jika suami terus mendiamkan diri dan tidak melarang kelakuannya, nescaya ia menjadi kongsi dalam maksiat dengan isterinya dan bererti menentang firman Allah Ta’ala.“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)

Jika si suami menegah si isteri dan melarang kemahuannya akan timbul pula pertengkaran sehingga boleh memendekkan umur si suami.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w sangat-sangat menggalakkan supaya memilih wanita yang kukuh agamanya.

Baginda bersabda:
“Wanita itu dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”

10 Sebab Anda Gagal Menjalankan Tugas Dengan Cemerlang




Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

Terlalu banyak gangguan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap

Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan

Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

Anda mempunyai terlalu banyak tugasan

Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

Anda tiada kemahiran menguruskan masa

Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

Anda seorang yang suka bertangguh

Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

Anda rasa tidak dihargai

Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar

Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

Anda ‘Burned out’

Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan

Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

Tips Mengatasi Perasaan Kecewa & Putus Asa



Sepanjang hidup, kita memang takkan lari dari masalah. Setiap orang tak kira apa pangkat umurnya, pangkat statusnya atau siapa pun dia pasti akan menghadapi pelbagai masalah. Tapi ianya terpulang pada individu itu sendiri macam mana nak kawal masalah tu supaya tak melarat kepada masalah yang lebih besar.


Kawal diri ketika menghadapi masalah pada permulaan.


Maksudnya di sini, masa mula mula timbulnya masalah itu. Masa inilah yang paling kritikal dan boleh membuatkan kita hilang pertimbangan. Jadi apa kita kena buat adalah bertenang, tarik nafas pelan pelan dan cuba fikir positif. Jangan terus emosi dan membuat tindakan lain yang terburu buru.


Kawal emosi dengan pengaruh negatif


Semasa sesuatu masalah itu masih dalam proses, terdapat banyak pengaruh negatif yang akan muncul bersama di sekeliling kita. Jadi di sinilah mulanya perasaan kecewa dan putus asa. Apa yang kita perlu buat adalah, kepada yang Islam tunaikanlah solat sunat banyak- banyak, minta pertolongan dari DIA. Cuba minta nasihat dari orang yang dipercayai. Mereka boleh beri semangat dan mengelakkan kita dari putus asa.


Kumpul cara penyelesaian masalah


Ok, jadi sekarang ni dah sampai ke tahap pemikiran yang positif. Kita perlu mengumpulkan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah itu pula. Senaraikan saja langkah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kemelut yang melanda. Jangan takut untuk bertindak. Belum cuba belum tahu kan? Beranilah ambil risiko. Tak mengapa jika tak berjaya asalkan kita dah cuba.


Berhadapan dengan masalah


Jangan pernah lari dari masalah. Ini akan mengakibatkan kelukaan dan kekecewaan yang lebih teruk berbanding biasa. Sampai bila kita nak lari dan membiarkan masalah bertangguh untuk jangka masa panjang? Pastinya hati kita sendiri takkan rasa lega. Yang sakitnya cuma sekejap iaitu bila kita sedang berhadapan dengan masalah. Tapi kalau kita lari, masalah itu takkan selesai sampai bila bila.


Redha dan terima kententuan


Redha adalah satu sifat yang paling mulia. Bila kita redha, bermakna kita menerima segala ujian Allah dengan tenang dan penuh hikmah. Rahsia nak jadi redha adalah, kita perlu tanamkan dalam fikiran bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Allah nak uji kita dan tanamkan lebih iman pada dada kita.

Istikharah Permulaan Cinta


Ramai yang selalu keliru dalam bercinta. “Siapa jodoh aku?” ” Biar betul dia calon pendamping aku?”.

Soalan-soalan demi soalan diajukan kepada diri sendiri tanpa ada jawapan yang tercipta.Cinta itu tidak perlu dipaksa kerana hati ini milik Allah.

Allah yang memegang hati ini,Allah yang memasukkan cinta dan menerbitkan cinta di hati ini jadi berhentilah memaksa seseorang mencintaimu tetapi mintalah dengan Allah agar dilabuhkan rasa cinta itu ♥

Apa kata dari asyik biar diri dibelenggu persoalan,kita ubah sedikit.Tanya pula pada Allah tapi macam mana nak tanya pada Allah?

Itulah adanya solat istikharah. Sebenarnya solat istikharah ini bukan hanya untuk mencari jodoh sahaja.Apabila rasa keliru dalam meentukan siapa pasangan kita,kita digalakkan melaksanakan solat istikharah.

Solat istikharah bertujuan meminta petunjuk dari Allah pilihan yang paling baik kerana Allah Maha Mengetahui.

Tapi bila nak kerjakan solat istikharah ni? nak tahu ?

Sebenarnya solat istikharah ini boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga kita sudah dapat jawapannya.

Jawapan boleh datang dengan pelbagai cara seperti getaran hati dan mimpi.Waktu paling afdhal bagi mengerjakan solat istikharah ialah 2/3 malam.Sewaktu orang lain enak dibuai mimpi kita bangun mencari jawapan dari Illahi.

Solat istikharah sangat mudah dilakukan.
Dua rakaat sahaja.Rakaat pertama dialunkan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun manakala rakaat kedua diperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

Solat istikharah amat mudah dilaksanakan cuma perlu dilakukan secara istiqomah namun tidak ramai yang memilih untuk mengerjakannya.

Lebih ramai yang gemar ucap, “I love you” dan menunggu respon sahaja tanpa menyerahkan urusan jodoh pada Allah.

Jadikanlah istikharah sebagai permulaan cinta anda dan diteruskan dengan bercinta selepas nikah.

Kisah Disebalik Hijab


Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT


Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu. Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah. Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku. Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.

“Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester. Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill.”Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an. Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.

Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan. Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.

Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya. Aku mengerutkan dahi. Cepat2 aku istighfar. Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.

“Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh. I am your lecturer for this subject. Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua. Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan. Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa..”

Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.

“Ok….let’s start ice breaking!!” sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.
Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku. Anak matanya mati tepat ke arahku. Waktu itu aku menundukkan pandanganku. Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.

Debaran mula dirasai.

Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.

“I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course.”
Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega. Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..

ALhmdulillah…

Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran. Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.

“Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan. Pelajar dari kejuruteraan kimia.”

Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi. Udara yang memasuki hidungku terasa dingin.

“Hmmm…kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??” Tanya Prof Rashid tenang.

Tiada terlalu kuat. Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis. Aku berdiri sambil menundukkan kepala.

Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan. Aku mengangguk perlahan. Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.

Sunyi.

Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.

“Saya bagi kamu pilihan…..samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya. Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan.”

Tersentak aku.Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama “ISLAM”. Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.

Ya ALLAH…..KAU berikanlah aku kekuatan! 

“Untuk membuka purdah ini…itu jauh sekali. Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya. Saya minta maaf prof. Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang. Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini. Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof.”

Tenang dalam ketegasan aku saat itu. Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan. Riak wajahku takkan mampu dibacanya.

Kelas sunyi dan terus sunyi.

Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa. Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.

“owh ya??…selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi. Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan. Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini.” sinis kata-kata itu.

Aku terkaku.

Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji. Dan aku harus pertahankannya. Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.

“Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???
Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???” Soalku penuh kelembutan. Begitulah sifat yang ada padaku. Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.

Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya. Disilang tangannya ke dada..

“Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah?? Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah?? Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia. Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??..” Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan. Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.

Mungkin tercalar dan sakit.. Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.

“Maafkan saya sekali lagi prof. Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya. Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab. 

Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat. Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.

Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.
Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.

Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memeliharakecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..
Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.
Itu amat digalakkan.

Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.

Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..

Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.

Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..

insyaALLAH..”

Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.

Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ. Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar. Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.

“maafkan saya andai ada terkasar. Maafkan saya andai menyakitkan hati prof. Prof harus tahu. Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia….assalamualaikum..”

Aku terus mengatur langkah keluar.

Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.

Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.

“Alhamdulillah..”

Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..

Benar..

Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.

Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..

Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.

Dalam hati terdetik..’Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH..”

Cara - Cara Solat Istikharah


Cara - Cara Solat Istikharah | Wahai hati yang resah fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan tenanglah, buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan.

Lakukanlah samaada sebelum kamu tidur atau bangun sebelum subuh.Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan. insyaAllah akan diberi petunjuk dan apabila kamu telah diberikan petunjuk ikutlah petunjuk tersebut dengan redha.
Buruk baik pilihan yang dibuat…pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya.

Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara.


Contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa Istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”