Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Koleksi Baju Raya Rekaan Hatta Dolmat, Urban Habis!


Kalau diperhatikan sekarang ini ramai dah mula menempah baju untuk Hari Raya yang bakal menjelma nanti. Namun ada juga yang risau kerana banyak kedai jahit telah menutup tempahan. Sudah terlambat, katanya.

Namun bagi yang belum berkesempatan mencari baju raya, inilah masanya untuk melihat koleksi pakaian yang direka khas bersempena Aidilfitri oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Tahun ini, Hatta menampilkan empat koleksi yang cukup menawan hati melalui rekaan ekslusif Lady Brocade, Lady Lace, Lady Sequin dan Lady Galaxy.

Setiap rekaan menyerlahkan personaliti pemakai yang tersendiri. Sebagai contoh, Lady Brocade membuatkan si gadis nampak berkeyakinan dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Manakala Lady Lace pula menyuntik semangat elegan dan mewah di hari yang mulia nanti. Bagi yang menggemari imej lebih jelita dan glamor, anda boleh mencuba busana dari koleksi Lady Sequin yang cantik-cantik belaka.

Dan paling menarik sekali, Lady Galaxy memberikan kelainan dengan sematan unsur pelik namun masih kekal unik dan bergaya. Dari amatan MyInfoHubs, koleksi ini amat sesuai untuk gadis remaja yang lasak dan gemarkan cabaran.

Pastinya ramai yang teruja untuk mendapatkan koleksi raya ini, kan? Untuk pengetahuan semua, anda boleh dapatkan produk ini di CY@M Ballroom, Sheraton Imperial KL pada 6 & 7 Julai 2013 jam 10 pagi hingga 10 malam.
Tidak ketinggalan, keesokan harinya iaitu 8 Julai 2013 akan bermulanya jualan koleksi pakaian raya Hatta Dolmat di Zalora dan butik First Lady yang terpilih.

Jangan lepaskan peluang anda untuk meraikan Aidilfitri tahun ini secara eksklusif dengan busana yang cukup mewah dan elegan dari Hatta Dolmat.

Disertakan juga beberapa foto koleksi pakaian raya 2013 di bawah untuk tontonan anda. Mesti ramai yang tertarik dengan rekaannya yang cantik dan luarbiasa.





















Trend 'colour block' dengan pilihan warna terang



Trend pakaian pada tahun ini memang sangat menarik dan menampilkan gaya urban. Tahun 2013 juga menyaksikan trend pakaian 'colour block' atau pemilihan warna pakaian yang berbeza seperti yang diperagakan oleh aktres Kim Kardhashian dan Kate Winslet pada majlis karpet merah.

Fesyen ini sangat sesuai untuk diketengahkan dalam acara-acara tertentu seperti makan malam romantik atau sewaktu berlibur di parti mewah.

Direka untuk anda yang ingin kelihatan seperti selebriti, trend 'colour block' ini pastinya akan membuat anda kelihatan lebih menonjol dari sebelumnya. Anda boleh memadankan baju biru terang dengan pelbagai warna lain atau menggabungkan koleksi warna hitam putih untuk personaliti yang lebih sofistikated. Kunci utama gaya ini adalah padanan warna haruslah tepat untuk memberi suntikan keceriaan pada pakaian anda!

Untuk padanan aksesori bagi fesyen jenis ini, anda hendaklah memadankannya dengan rantai yang menarik seperti kalung mutiara. Jangan lupa, tampilkan juga beg clutch elegan disertai dengan elemen keriangan. Antara warna yang hebat untuk fesyen seperti ini adalah Violet Afrika, Jed, Zamrud dan Biru Monaco.

Pilihlah warna seperti kuning terang, ungu dan jingga untuk tampil berstail. Anda juga boleh melihat dan meniru gaya selebriti untuk memastikan penampilan anda nanti tidak kelihatan janggal di mata orang lain.

Pencuci muka cecair atau sabun buku?


Mana satu pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda? Adakah sabun buku atau pencuci muka berbentuk cecair. Sebelum memilih salah satu daripada keduanya, mari kita lihat tips memilih pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda.

Sabun buku/ Sabun bar
Sabun ini biasanya lebih murah berbanding sabun cecair dan mempunyai banyak buih. Walaubagaimanapun, sabun jenis ini boleh menganggu keseimbangan pH normal kulit kerana kealkaliannya yang lebih tinggi dan sedikit berasid (pH rendah).

Nilai alkali yang telalu tinggi boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Jadi, sabun buku akan membuatkan jerawat anda menjadi semakin teruk. Ia turut menjadikan kulit anda lebih kering.

Sekiranya anda memang terbiasa menggunakan sabun jenis bar atau buku, carilah sabun yang lembut serta tidak kering seperti Purpose Gentle Cleansing Bar dengan glisterin atau Cetaphil Gentle Cleansing Bar yang tidak beralkali. Di samping itu, cuba L’Occitane Shea Butter Milk Extra Gentle Soap yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan mentega shea.

Sabun cecair/ Pembersih muka cecair
Harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan sabun bar namun ia lebih sesuai dengan kulit wajah anda dan lebih dekat dengan nilah pH normal.

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, cuba pilih gel atau pembersih yang berbuih untuk menghilangkan segala minyak dan sisa solekan yang masih terlekat di wajah anda. Selain itu, kulit juga tidak akan kering. Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat yang tidak serius, gunalah Aveda Outer Peace Foaming Cleanser dengan asid salisilik untuk menutup liang pori.

Untuk masalah kulit kering dan sensitif, cari pembersih berasaskan susu atau krim seperti Cetaphil Original Gentle Skin Cleanser, Olay Definity Illuminating Cream Cleanser atau Shiseido Pure Cream Cleanser.

Pakaian yang harus ada di dalam almari anda!


Adakah anda sentiasa mengikut arus perekembangan trend dan sering berbelanja untuk trend pakaian yang hanya bertahan sementara sahaja? Sekiranya anda merasa rugi menghabiskan wang untuk trend yang tidak kekal lama, pastikan anda memiliki beberapa pakaian yang kami senaraikan di bawah untuk tetap tampil bergaya.

Legging
Ramai wanita memilih untuk memakai legging kerana ianya selesa serta memberi ilusi bentuk kaki yang cantik. Kepada penggemar mini skirt, legging ini boleh digayakan bersama tanpa mencacatkan penampilan anda.

Jaket/ Blazer
Jaket kulit memberikan gaya kasual untuk anda bersantai bersama rakan-rakan. Ianya juga boleh dipadankan dengan gaun formal yang dikenakan agar anda boleh terus berhibur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja.

Skirt mini
Skirt mini merupakan satu trend yang tidak pernah pupus setelah dipopularkan di London pada 1960 an. Skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai terutamanya para remaja.

T-shirt
Tshirt memang tidak asing lagi kepada kita. Padanan tshirt dengan dengan seluar bercorak boleh menampilkan gaya ringkas. Pendek kata, tshirt tetap membuatkan anda nampak menarik dan tidak akan luput ditelan zaman!

Gaun kemban
Gaun kemban memberikan gaya elegan dan selalu dipakai oleh artis-artis sewaktu di karpet merah. Anda juga boleh menggayakannnya sewaktu menghadiri majlis hari jadi teman-teman.

Kasut flat
Kepada yang tidak sukakan kasut tumit tinggi, kasut flat ini merupakan kasut yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis baju pada setiap acara samada kasual atau formal.

Ketahui perbezaan krim BB, CC dan DD


Apabila menyebut tentang BB, CC dan DD, apakah yang bermain di kotak fikiran anda? Adakah huruf berganda ini menentukan saiz pakaian dalam, gred telur, buah-buahan, emas atau tekstil?. Mungkin kita pernah mendengar krim BB namun apakah pula CC dan DD?

Untuk pengetahuan anda, CC dan DD adalah krim seperti BB yang mampu memberi kelembapan kepada kulit serta melindungi cela di wajah. Namun, apakah perbezaan krim-krim ini?

Kenali krim pelembap yang sesuai dengan kulit anda dengan membaca panduan di bawah:

Pelembap berwarna
Pelembap berwarna merupakan pilihan sesuai untuk wanita yang sukakan asas solekan ringan. Produk ini akan menyerlahkan kulit anda dengan formula sedikit berwarna kepada pelembap. Ia memberi litupan sederhana pada kulit normal. Mereka yang mengalami masalah kulit berminyak tidak digalakkan mengguna pelembap berwarna ini kerana muka akan kelihatan semakin berkilat serta tidak mampu menutup keseluruhan cela pada wajah.

Krim BB
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, krim BB atau 'Blemish Balm' adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna.

Krim CC
CC atau 'Colour Correcting' membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.

Krim DD
'Daily Defense' atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.

Tips Memakai Jeans Berwarna


Kini terdapat banyak jeans berwarna ditawarkan seperti jeans berwarna ungu, pink, jingga, kuning ataupun merah. Namun kadang-kala pasti anda akan berasa bingung untuk dipandankan. Kepada anda yang ingin memakai jeans berwarna ini, di sini terdapat beberapa tips untuk anda tampil menarik dengan jeans berwarna.

Pilihlah warna solid
Jeans warna solid masih banyak dipakai oleh golongan remaja kini. Namun untuk tampil lebih menarik lagi, anda boleh padankan jeans berwarna dengan baju warna terang. Kombinasi jeans berwarna dengan baju warna terang akan membuatkan anda tampak lebih feminim. Anda juga boleh menambah dengan memakai aksesori seperti gelang, rantai atau tali pinggang dengan warna yang sesuai.

Jeans berwarna dengan gaya 'sporty'
Anda juga boleh mencuba menggayakan jeans berwarna dengan kombinasi jeans dengan kasut hi-top, slouchy tees atau jaket untuk tampil lebih 'sporty'.

Gayakan dengan jaket kulit
Jaket kulit merupakan salah satu atasan yang sesuai untuk dipakai dan dipadankan dengan jeans berwarna. Anda akan tampak lebih ceria dan hebat.

Jeans berwarna dipadankan dengan pakaian yang santai
Anda dapat memadankan jeans tersebut dengan 'sweater' berpotongan longgar, tank top, serta beberapa aksesoris sederhana seperti anting, kalung, gelang, maupun tali pinggang. Anda juga dapat memakai tudung dengan warna yang sesuai. Untuk melengkapi penampilan, anda juga boleh memakai kasut tumit tinggi untuk membuat anda kelihatan lebih tinggi.

Padankan dengan blazer untuk tampak rapi
Blazer dapat menjadi pilihan ketika anda menggayakan jeans berwarna. Blazer akan membuat anda terlihat lebih rapi walaupun memakai jeans. Jika tempat kerja tidak mengharuskan anda memakai pakaian formal, padanan blazer dengan jeans kegemaran anda pasti akan membuatkan anda tampil dengan bergaya ke pejabat.

Elakkan memakai jeans berwarna terang waktu malam
Jika anda keluar pada waktu malam, elakkan dari memakai jeans berwarna neon. Pilih warna jeans yang gelap seperti warna ungu gelap, merah maroon atau hijau olive yang dipadankan dengan aksesori metalik.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam menggayakan jeans berwarna dengan betul dan tampak menarik.

Lima produk kecantikan diharamkan


Pada bulan Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan lima jenis produk kecantikkan yang dipercayai mengandungi bahan yang merbahaya seperti merkuri dan karbon.

Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan telah mengeluarkan senarai produk kecantikan yang diharamkan termasuk bahan kimia yang dijumpai di dalam produk.

Senarai penuh pelbagai produk yang diharamkan daripada tahun-tahun sebelumnya juga telah diberi untuk keselamatan pengguna.

Antara produk yang disenaraikan ialah:

1) Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
2) SS Vita C Night Repair
3) Daily Protecting Cream- Joie et Beaute
4) ~H20 + Waterwhite Brightening White Cream
5) Chantique – Whitening Night Cream

Kepada peniaga yang masih menjual produk ini akan dikenakan denda sebanyak RM25, 000 atau tiga tahun penjara untuk kesalahan pertama.

Teknik solekan untuk musim bunga 2013


Apabila menyentuh sahaja mengenai kecantikan, solekan tipis dikatakan paling terbaik untuk menyerlahkan kecantikan semulajadi. Namun, muka pasti akan kelihatan pudar tanpa warna solekan. Sempena fesyen tahun 2013, beberapa jurumekap telah memperkenalkan teknik solekan yang banyak bermain dengan warna supaya kelihatan menarik dan mencuri tumpuan orang.

Celak dengan kesan penuh

Memandangkan trend 'cat-eye' sangat popular pada tahun lepas, celak telah menjadi sangat penting dalam solekan. Walaupun tampil retro dengan kesan 'flicked up'. Jurusolek artis telah mencipta satu garisan ketara dengan bayang bayang mata warna platinum di bahagian kelopak. Anda pasti akan mendapat inspirasi untuk mengayakannnya dari pagi hingga malam.

Bulu mata lebat

Inilah masanya untuk anda tampil dengan bulu mata lebat dan melentik seperti gulungan Twiggy. Untuk mencabar kecantikan diri, aplikasikan bulu mata palsu lebat yang mempunyai garisan putih.

Kening yang tebal dan cantik

Jurusolek artis, Charlotte Tilbury tampil dengan 'segar, bersih' dengan memperkenalkan Pensil kening M.A.C manakala Pengurus Solekan Estee Lauder telah mempertingkatkan jenama pensil alis matanya dengan pensil kening dalam warna kelabu lembut. Antara tip untuk memakai pensil kening ini ialah sikat bulu kening ke bawah untuk mendapatkan bentuk semula jadi kening, penuhkan kawasan bulu yang jarang dengan pensil dan bentukan kontur bulu kening anda.

Gabungan biru dan hijau

Pengaruh Mediterranean menyebabkan ramai artis yang menggunakan warna solekan mereka dengan warna turquoise, jade dan aqua. Cuba gunakan sedikit celak berwarna hijau dan jika anda berani, letakkan sedikit kilauan di sekitar mata seperti seorang model dari Gucci.

Kulit bersinar dan bercahaya

Kulit segar serta semulajadi menjadikan kita sempurna. Applikasikan bedak asas cecair menggunakan berus dan berikan perhatian lebih kepada dahi dan hidung untuk nampak lebih kesan. Gunakan concealer untuk melindungi cela dan aplikasikan pemerah pipi untuk menaikkan tulang pipi.

Serlahkan Kecantikan Bibir


Golongan wanita terutamanya pasti menginginkan bibir yang muda dan mungil. Ironinya, semakin umur kita meningkat, bibir kita cenderung untuk menjadi nipis dan keremajaan bibir turut pudar. Namun, anda tidak perlu merasa khuatir akan keadaan ini.

Ini kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda praktikkan untuk mengembalikan semula keremajaan bibir anda.

Gunakan pelembap bibir yang mengandungi SPF
Jangan lupa untuk menjaga bibir dan melindungi bibir anda dari sinar UV dengan memakai pelembap bibir yang mengandungi SPF. Gunakan pelindung matahari untuk melambatkan kedutan di sekitar bibir anda.

Garis bibir untuk menonjol

Gariskan bibir anda menggunakan pensel bibir yang setona dengan warna bibir anda. Untuk meningkatkan aset anda itu, panjangkan lukisan garisan bibir untuk membuat bibir anda kelihatan penuh.

Pilih warna terang
Untuk warna bibir, pilihlah warna yang lebih terang berbanding warna gelap. Ianya cenderung untuk membuatkan bibir anda kelihatan lebih kecil.

Aplikasi gloss
Gloss akan menjadikan bibir anda kelihatan penuh kerana ia lebih bersinar. Mulakan mencalit pada tengah bibir atas dan kemudiannya bawah untuk mencipta kesan 3D agar penampilan lebih elegan.

Serlahkan kemungilan
Selepas menggunakan gloss, gunakan celak berwarna putih untuk menggaris bibir bawah dan ratakannya. Ini akan memberikan ilusi terang untuk bibir yang lebih mungil.

Lawan Penuaan Dengan Buah-buahan



Selain menghidrat dan meremajakan kulit, bau yang datang daripada buah buahan dapat merangsangkan kulit wajah. Tidak seperti rawatan kecantikan, buah-buahan lebih efektif dari segi kos dan memberi perbezaan yang nyata dilihat. Terdapat beberapa buah dengan khasiatnya yang tersendiri, pilih yang terbaik untuk anda!

Pisang
Pisang merupakan sumber zat besi yang terdiri daripada magnesium dan kalium yang membantu mengurangkan senggugut. Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E sebagai agen pencegah penuaan. Meletakkan pisang yang telah dilenyek di muka dapat menyegarkan lagi kulit muka anda.

Lemon
Mempunyai kandungan vitamin C, jus lemon dapat memberikan kulit yang cantik jika diminum bersama segelas air suam dan madu. Ia juga digunakan untuk mencerahkan tona kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan menghapuskan parut jerawat. Sapukan perahan lemon pada siku untuk menghilangkan tanda gelap.

Oren
Kaya dengan vitamin C dan dapat memperbaharui tekstur kulit, oren mengandungi banyak kolagen yang melambatkan proses penuaan. Sapu oren di kulit anda untuk menganjalkannya. Oren boleh dikeringkan dan digunakan sebagai skrub. Oren juga membantu mencegah cela.

Betik
Manfaat buah betik kepada kulit telah diakui sejak dahulu lagi. Betik kaya dengan antioksidan dan mengandungi enzim istimewa yang dipanggil 'papain' yang dapat membuang sel kulit mati dan menyembuhkan kekotoran kulit. Segelas betik susu dapat memberi keajaiban pada kulit anda.

Mangga
Mangga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia dapat memberi kesan menakjubkan pada kulit. Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga berjaya melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan.

Epal
Walaupun tidak mempunyai banyak khasiat seperti buah buahan yang lain, epal tetap bagus untuk kulit. Serat dalam epal dapat membantu mencegah penuaan, menghilangkan kedutan, kulit menjadi lembut dan licin, membantu mencegah kelimumur dan dapat mencegah kulit daripada sinaran UV.

Kailan
Kailan sangat baik untuk kulit kerana kaya dengan omega 3 yang dapat membantu mencegah penuaan dan melembapkan kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan K.

Timun
Timun merupakan sayuran yang tepat untuk anda mengekalkan kelembapan kulit. Timun dapat mencegah penuaan dan keradangan serta menghilangkan kedutan. Ia juga mengandungi kafeik asid yang dapat mengekalkan air serta menghalang kulit menjadi merah dan bengkak.

Lobak Merah
Lobak merah kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencegah jerawat, cela, pigmentasi, kedutan dan tona kulit tidak sekata.

Minyak Wangi Kuruskan Badan


Kedai pewangi The Fragrance Shop telah melancarkan minyak wangi yang membantu mengurangkan berat badan. Haruman Prends Moi Eau De Minceur ini merupakan haruman pelangsingan badan yang pertama dari syarikat Velds dan dibangunkan oleh syarikat Perancis Robertet.

Berdasarkan laman web The Fragrance Shop, minyak wangi ini direka untuk membantu menurunkan berat badan melalui penyelidikan neurocosmetic yang mengandungi bahan aktif betaphroline untuk mendorong pelepasan B-endorfin di dalam kulit. Jadi, ia bertindak dengan memberikan rasa kesejahteraan, mengurangkan tekanan dan dapat mengurangkan keperluan pengguna untuk makan berlebihan.


                          

Minyak wangi ini dijual dengan harga AS$29.99 (RM147) bagi setiap botol 100 ml. Khabarnya, produk ini telah mempunyai ramai pelanggan terutamanya kaum wanita.

Ia didatangkan dalam pelbagai haruman bergamot seperti mandarin dan limau gedang serta bauan bunga-bungaan seperti lilac, ylang-ylang dan melati. Haruman ini juga menggabungkan aroma limau kasturi dan vanilla.

Namun, sehingga kini masih belum dapat memastikan adakah produk ini sudah dijual di Malaysia ataupun tidak.

Untungnya Insan Bergelar Wanita



Antara kelebihan wanita adalah :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

7. Dari Aisyah ra, “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah ra berkata, 
Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, “Suaminya.”
Siapa pula berhak terhadap lelaki?
Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada saat melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama-Nya.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu (susu ASI) kepada anaknya maka akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih maka akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang mendorong suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karana menjaga anak yang sakit maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan bila dia menghibur hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” maka Allah akan berkahkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir maka akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, maka dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat maka akan mendapat pahala 12 tahun shalat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu (susu ASI) kepada anaknya yang menangis, maka Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.

38. Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suaminya bila disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhaan suaminya maka akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah ibadah, maka akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat. Tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya, iaitu memakai jilbab di dunia ini dengan istiqamah.




Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari.

Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami masalah untuk dapatkan tidur awal.

Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan.

Nak mudah dan cepat makan Maggi.Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:


1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak mengambil sarapan.
5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7.Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.

Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.


Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Tapi lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama.

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.

Cara Mengatasi Masalah Tidur

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

1. Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara

Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

2. Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam

Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

3. Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.

4.  Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

5. Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

6. Baca Doa Sebelum Tidur

Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

Kelebihan Dan Hikmah Dari Sunnah Menyimpan Janggut



Adakah kita di antara lelaki yang ada menyimpan janggut? Jika ya, itu satu perkara yang baik sekali kerana Rasulullah SAW pun turut menyimpan janggut. Jom kita semak dibawah apakah kelebihan menyimpan janggut.

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara “kecantikan” wanita dan lelaki adalah janggut.


Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih “tulen”. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :

* Menampakkan kelelakian
* Kelihatan lebih ‘macho’
* Lebih hensem dan berkarisma
* Nampak soleh
* Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
* Lebih diminati wanita
* Mempunyai manfaat kesihatan
* Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan oelh Baginda Rasulullah SAW dan bukannya berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.
Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

Hukum Isteri Meminta Cerai





Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu. Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis berikut: "Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq". [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam:

Soalan:

Saya sedang membaca berkenaan hukum seorang isteri meminta cerai daripada suami. Saya dapati terdapat hadis-hadis yang melarang daripada meminta cerai. Pada waktu yang sama terdapat sebuah hadis di mana seorang isteri dengan mudah telah meminta cerai daripada suaminya di hadapan Rasulullah, dan baginda mengizinkannya. Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk memahami hadis-hadis ini?

Jawapan:


"Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga." [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226]

Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi, merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai qawwamun ke atas isterinya.

Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.

Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri Tsabit menjawab: “Ya.

Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273]

Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:

Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.

Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497]

Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau munasabah.

Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya.

Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.



Amalan Cukur Jambul Bidaah Orang Melayu



Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. 

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w..

Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Petua Mudah Hamil Untuk Wanita



PETUA 1: 

Jangan sesekali dan elakkan merokok. Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, inilah puncanya anda sukar hamil sebagai isteri.

Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok.

PETUA 2: 

Kurangkan sterss dan tekanan perasaan. Semua sedia maklum zaman sekarang ini kita hidup dalam zaman penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.

PETUA 3: 

Tingkatkan berat badan anda dengan makan lebih sedikit. Ya, memang betul apa yang saya katakan ini. Tapi janganlah sampai anda overweight pula ya. Hal ini kerana, bagi wanita yang terlampu kurus atau kurang berat badan, mereka akan mengalami gangguan kitaran haid yang normal.

Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk berbadan dua. Oleh itu, tidak mengapa jika berat badan anda melebihi beberapa kilo sedikit daripada normal.

PETUA 4: 

Ketahui dengan jelas kitaran haid anda. Anda perlulah faham dan tahu bilakah hari-hari subur anda. Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapan hubungan seks bersama suami ketika hari subur anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menyediakan satu carta khas bagi mencatit hari dalam kitaran haid anda beberapa bulan. Dari situ, anda boleh meramal dan menjangka bilakan hari-hari subur anda untuk bulan-bulan seterusnya.




Bagaimana Jika Isteri Lebih Tua Dari Suami..??


Bagaimana kita ingin mengendalikan sebuah perkahwinan jika ditakdirkan isteri kita lebih tua atau berusia dari kita.

Berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dari kita memang boleh mengundang pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi usah risau, dalam menempuh pelbagai cabaran tersebut, ada kebaikkannya juga jika kita berkahwin dengan isteri lebih tua.

Salah-satu cabaran yang biasa akan anda sebagai suami muda akan tempuh ialah isteri yang lebih berusia dari anda sifat cemburunya yang agak kuat. Ye lah kan, suami lebih muda, kalau suami jeling sikit pada wanita yang lebih muda atau seusia dengan anda, pastinya isteri anda itu akan cepat terasa. Cemburu la katakan. Tapi takpe, itu tandanya dia memang sayangkan anda.

Bagaimana pula jika anda berada dalam situasi seperti ini?

Berikut saya kongsikan satu tips yang boleh anda cuba amalkan jika isteri anda naik jealous dengan anda:
Cepat-cepat pujuk isteri anda sambil berkata, “Abang tengok perempuan tu sebab dia cantik hanya di mata Abang. Tapi hanya Ayang sorang yang tetap teguh bertakhta di hati Abang selamanya. Kecantikan perempuan tu nanti akan pudar juga ditelah usia. Tapi cintadan sayang Abang kepada Ayang, takkan sesekali pudar di telan usia.”

Ok, sekarang kita bincangkan pula soal dari segi persediaan yang perlu anda lakukan dalam menempuh alam perkahwinan bersama wanita yang lebih berusia dari anda.

Persediaan yang paling penting dan utama perlu anda beri sepenuh fokus ialah dari segi mental dan rohani.

Caranya ialah dengan melengkapkan diri anda dengan seberapa banyak ilmu yang boleh tentang mengendalikan hubungan rumahtangga. Tak lupa juga hal-hal berkaitan agama dan fiqh munakahat (perundangan rumah tangga Islam).

Dengan adanya ilmu, lebih mudah anda kelak sebagai suami untuk melayari dan menjadi nakhoda bahtera perkahwinan anda. Segala konflik rumahtangga mampu anda selesaikan dengan tenang.

Antara kelebihan-kelebihan kita berkahwin dengan wanita yang lebih berusia adalah:

1. Mengikut kajian, wanita yang lebih berusia ini lebih penyayang, mengambil berat pasangan, pandai mengambil hati suami serta daya pemikirannya lebih matang.

2. Mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi dan akan lebih tenang jika berhadapan dengan sebarang konflik. Ini kerana dia mampunyai pengalaman hidup yang lebih banyak berbanding suami.
3. Sunnah Nabi SAW. Rasullullah kan berkahwin dengan Siti Khadijah RA yang jauh lebih tua. Betul tak?

Jika kita memang telah dijodohkan dengan wanita yang lebih tua, terimalah dan panjatkanlah rasa syukur kepada Allah SWT. Laluilah perkahwinan tersebut berpaksikan iman dan taqwa. InsyaAllah, perkahwinan anda mampu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Cuma satu nasihat yang perlu dipegang oleh si isteri terutamanya sekali. Walaupun isteri berumur lebih tua dan memilikki pengalaman hidup yang lebih banyak, martabat suami sebagai ketua, pemimpin dan nakhoda anda tidak boleh sesekali dilupakan.

Suami masih tetap wajib anda patuhi dan hormati segala keputusannya. Anda sebagai isteri boleh memberi pandangan dan pendapat. Hormatilah suami anda seperti mana anda menghormati orang yang lebih tua dari anda. InsyaAllah diri anda dan rumahtangga anda akan mendapat barakah dari Allah SWT.

Atasi Wanita Lambat Kahwin



Setiap makhluk yang Allah dijadikan hidup berpasangan-pasangan demi untuk menjamin keturunan masing-masing di muka bumi ini.


Allah menjadikan fitrah manusia suka kepada perkahwinan supaya fitrah dan naluri nafsu syahwat disalurkan mengikut landasan yang betul.

Islam menggariskan beberapa tata cara untuk memudahkan umatnya berkahwin seperti menggalakkan orang yang berkemampuan supaya segera berkahwin, meringankan mas kahwin, mengadakan kenduri kahwin yang sederhana, menghalalkan perkahwinan serta mengharamkan zina.

Malangnya, apa yang berlaku di dalam masyarakat hari ini, perkahwinan seolah-olah menjadi suatu perkara membebankan. Ini berlaku apabila pelaksanaan perkahwinan itu tidak mengikut panduan syariat.

Hantaran perkahwinan mencecah ribuan ringgit, mementingkan status dan kedudukan serta mengutamakan kecantikan berbanding agama.

Di samping itu, berlakunya pergaulan bebas sebelum berkahwin.

Akibat paling ketara daripada fenomena ini ialah bertambahnya wanita yang belum berkahwin walaupun usia semakin meningkat. Ia bukan masalah peribadi bagi mereka yang terbabit saja, malah masalah bersama masyarakat dan ummah.

Kita perlu mengkaji dan mencari langkah praktikal untuk mengatasinya.

Justeru, beberapa usaha perlu dilakukan, umpamanya :

Mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak iaitu dengan merendahkan belanja perkahwinan sama ada wang hantaran atau mas kahwin serta elakkan perkara membazir.

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Hai golongan pemuda, barang siapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Hadis riwayat Bukhari-Muslim)

Mendidik generasi muda supaya mengutamakan kedudukan agama berbanding kecantikan fizikal atau status kedudukan di dalam memilih calon suami atau isteri.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama. Kamu menempah kerugian jika tidak mengutamakan yang beragama.” 

Menganjurkan perkahwinan di antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam. Melaksanakan poligami meskipun ia isu kontroversi sepanjang zaman, namun hukum Islam adalah jelas memberikan keizinan kepada kaum lelaki berkahwin sehingga empat isteri (surah an-Nisa, ayat 3).

Poligami yang positif adalah antara cara penyelesaian terhadap masalah wanita belum berkahwin dan ibu tunggal.

Sekiranya usaha telah dijalankan, namun seseorang wanita itu belum juga menemui jodohnya, maka anggaplah itu ujian di sisi Allah. Ini kerana sama ada berkahwin atau tidak, tugas utama wanita untuk menjadi hamba yang tunduk dan patuh kepada-Nya.

Kehidupan sebagai seorang wanita yang beriman perlu diteruskan. Perkara berikut boleh dijadikan renungan. Jodoh pertemuan, rezeki dan ajal ditentukan Allah. Tiada siapa pun dibenar mencampuri urusan-Nya. 

Jodoh pertemuan juga tiada kaitan dengan rupa paras fizikal seseorang kerana pengalaman membuktikan tidak semua yang menemui jodoh itu daripada mereka yang mempunyai rupa paras menawan.

Bukan semua masalah boleh diselesaikan hanya dengan berkahwin kerana bukan semua perkahwinan itu baik dan bukan semuanya buruk.

Perkahwinan adalah suatu ujian Allah untuk melihat siapa yang berjaya dalam ujian itu dan siapa pula yang gagal, siapa yang sanggup menjalani tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dan siapa pula sebaliknya.

Penuhkan masa lapang dengan kegiatan kemasyarakatan dan sosial yang membawa manfaat kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Tidak terburu-buru mendapatkan suami, bertenang dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya menganugerahkan yang terbaik di sisi-Nya.

Dalam hal ini Hafsah binti Umar yang lewat mendapat jodoh setelah kematian suaminya sering mengucapkan doa:

Ya Allah aku berserah kepadamu di atas musibah yang menimpaku dan kurniakanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik.” Akhirnya Rasulullah saw sendiri datang bertanya untuk mengahwininya.

Bersuami ada baik dan buruknya. Demikian juga membujang sepanjang hayat. Hidup membujang juga kadang-kadang membahagiakan, bahkan hidup berpasangan juga ada yang mendukacitakan. 

Tokoh besar Islam seperti Jalal al-Din al-Suyuti Imam al-Nawawi dan Rabiatul Adawiyah memilih perkahwinan sebagai jalan untuk membahagiakan hidup mereka.