Kawal diri ketika menghadapi masalah pada permulaan.
Maksudnya di sini, masa mula mula timbulnya masalah itu. Masa inilah yang paling kritikal dan boleh membuatkan kita hilang pertimbangan. Jadi apa kita kena buat adalah bertenang, tarik nafas pelan pelan dan cuba fikir positif. Jangan terus emosi dan membuat tindakan lain yang terburu buru.
Kawal emosi dengan pengaruh negatif
Semasa sesuatu masalah itu masih dalam proses, terdapat banyak pengaruh negatif yang akan muncul bersama di sekeliling kita. Jadi di sinilah mulanya perasaan kecewa dan putus asa. Apa yang kita perlu buat adalah, kepada yang Islam tunaikanlah solat sunat banyak- banyak, minta pertolongan dari DIA. Cuba minta nasihat dari orang yang dipercayai. Mereka boleh beri semangat dan mengelakkan kita dari putus asa.
Kumpul cara penyelesaian masalah
Ok, jadi sekarang ni dah sampai ke tahap pemikiran yang positif. Kita perlu mengumpulkan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah itu pula. Senaraikan saja langkah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kemelut yang melanda. Jangan takut untuk bertindak. Belum cuba belum tahu kan? Beranilah ambil risiko. Tak mengapa jika tak berjaya asalkan kita dah cuba.
Berhadapan dengan masalah
Jangan pernah lari dari masalah. Ini akan mengakibatkan kelukaan dan kekecewaan yang lebih teruk berbanding biasa. Sampai bila kita nak lari dan membiarkan masalah bertangguh untuk jangka masa panjang? Pastinya hati kita sendiri takkan rasa lega. Yang sakitnya cuma sekejap iaitu bila kita sedang berhadapan dengan masalah. Tapi kalau kita lari, masalah itu takkan selesai sampai bila bila.
Redha dan terima kententuan
Redha adalah satu sifat yang paling mulia. Bila kita redha, bermakna kita menerima segala ujian Allah dengan tenang dan penuh hikmah. Rahsia nak jadi redha adalah, kita perlu tanamkan dalam fikiran bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Allah nak uji kita dan tanamkan lebih iman pada dada kita.
No comments: