Gambar hiasan
SIBU: Seorang murid tahun empat yang dilaporkan lemas di Sungai Naman, di sini Rabu lalu sebenarnya dirogol sebelum dibunuh dengan mayatnya dicampak ke sungai berkenaan.
Ini berikutan penahanan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dalam keadaan ketakutan ketika disoal siasat polis.
Suspek berasal dari rumah panjang sama dengan mangsa ditahan selepas terdpat keraguan sebaik bedah siasat dijalankan di Hospital Sibu pada jam 11 pagi tadi.
Berita sebelum ini melaporkan seorang murid tahun empat menjadi korban pertama mangsa banjir di Sarawak apabila ditemui lemas selepas tergelincir dalam Sungai Naman, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara kira-kira 8 malam hingga 10 pagi tadi, sebelum mayat Britney Clemet, 10, ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dilaporkan terjatuh.
Mangsa berasal dari Rumah Panjang Belinsing dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah pada hari kejadian sebelum penduduk menemui barangan termasuk selipar miliknya.
Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sebelum dihentikan selepas penduduk rumah panjang terbabit menemuinya pada kira-kira 11.50 pagi tadi.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.
No comments: