Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Sebentar tadi admin dapat Gambar Pasar Besar Rantau Panjang Terbakar dan telah disahkan oleh rakan rakan admin di sana. 

Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, pasar besar rantau panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar. Ketika ini, api sedang marak. Dianggarkan lebih 150 buah kedai telah terbakar hangus tanpa dapat diselamatkan. Kalau tengokkan gambar kebakaran pasar besar Rantau Panjang Kelantan yang sedang marak ni, agak susah untuk pasukan bomba nak padamkan kebakaran.

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Semoga peniaga-peniaga yang terlibat dapat menerima ujian ini dengan tabah. Insha Allah, ada hikmahnya semua kejadian ini. Mana tahu, selepas ini satu pasar baru yang lebih teratur dan cantik pula akan dibina. Semua gambar kebakaran di Pasar Besar Rantau Panjang diambil dari FB Negeri Cik Siti Wan Kembang. 

Menurut catatan sesetengah pihak, bukan pasar besar rantau panjang yang terbakar, tetapi gudang simpanan barangan yang berada di belakang pasar besar rantau panjang itu yang terbakar. Punca kebakaran juga masih belum dapat dipastikan. 








PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment