Kuala Lumpur – “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.
“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.
Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan. (Harian Metro)
HUKUMAN SEBAT
Akta Penjara 1995, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 peraturan 131.
(1)
Apabila mana-mana hukuman sebat dijatuhkan ke atas seseorang banduan di bawah peraturan-peraturan ini, dia tidak boleh dikenakan lebih daripada satu hukuman berkenaan dengan perbuatan atau perbuatan-perbuatan, atau peninggalan atau peninggalan-peninggalan yang kerananya dia dihukum.
(2)
Sesuatu hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada banduan perempuan dan banduan lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun.
(3)
Sesuatu hukuman sebat yang lebih daripada sepuluh kali sebat dengan rotan ringan tidak boleh dijatuhkan atau dikenakan ke atas seseorang banduan muda dan bilangan maksimum sebatan yang boleh diaward kepada banduan muda oleh pegawai Yang Menjaga ialah enam.
(4)
Hukuman sebat dengan rotan hendaklah dikenakan pada punggung pesalah itu.
Peraturan Penjara Berkaitan sebat Rotan
Peraturan 134 peremitan hukuman sebat
Pegawai perubatan boleh mengesyorkan tiada apa-apa hukuman dikenakan lagi. Pegawai Yang Menjaga hendaklah meremitkan hukuman selebihnya.
Peraturan 135 rekod hukuman sebat
Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman (bilangan sebatan dan apa-apa perintah Pegawai Perubatan)
Peraturan 136 penyata hukuman sebat
Dikemukakan kepada Ketua Pengarah Penjara setiap bulan
Peraturan 137 Rekod hukuman
Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman bagi setiap o/b terlibat (tarikh jenis kesalahan & hukuman, nama o/b, pihak berkuasa urusan kes, arahan pegawai perubatan)
Peraturan Undang-Undang
Kanun Prosedur Jenayah (FMS, Cap 6) Seksyen 286, Seksyen Seksyen 287, Seksyen 288, Seksyen 289, Seksyen 290, Seksyen 291, Seksyen 293
Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan
Enekmen Kanun Prosedur Jenayah 1997 (Negeri Johor)
Akta Penjara 1995 & Seksyen 50 (3)
Peraturan Penjara 2000 & Peraturan 131, Peraturan 132, Peraturan 133, Peraturan 134, Peraturan 135, Peraturan 136
Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949 & Peraturan 50 dan Peraturan 51
Seksyen di bawah Kanun Keseksaan
Keseksaan Jenis hukuman, Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum
Hukuman Lain
354 : Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.
375 : RogolSeseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:
a.) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu
b.) dengan tiada kerelaan perempuan itu
c.) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah
didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
d.) Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia kan memberi kerelaan
e.) Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia
tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia
memberi kerelaan
f.) Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika
perempuan itu di bawah umur enam belas tahun
376 : Seksaan bagi rogolBarang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
376A : Sumbang mahramSeseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.
376B : Hukuman bagi sumbang mahram(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.
(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-
(a)
Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau
(b)
Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.
377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat
(b)
Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.
377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat
Pegawai yang perlu ada semasa hukuman dijalankan
Pegawai Yang Menjaga Institusi
Timbalan Penguasa Penjara
Pegawai Rekod
Pegawai Sebat Rotan
Pegawai Perubatan (menjalankan pemeriksaan kesihatan dan hadir semasa hukuman sebat dijalankan)
Pihak berkuasa menjatuhkan hukuman sebat
Mahkamah Tinggi
Tidak lebih 24
Mahkamah Seksyen/Tengah
Tidak lebih 12
Mahkamah Majistret
Tidak lebih 6
KPP/Hakim Pelawat
Tidak lebih 24
Ketua Institusi
(PKP ke atas)
Tidak lebih 12
Banduan yang tidak boleh disebat
Bandu wanita
Banduan lelaki berumur lebih 50 tahun
Banduan hukuman mati
Banduan yang tidak diluluskan doktor
Banduan yang Mahkamah menimbangkan berumur lebih 50 tahun (Kanuan Prosedur
No comments: