Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



CHINA – Kasih ibu dan anak tiada batasannya. Meskipun baru berusia dua tahun, namun seorang kanak-kanak mengenali erti kasih sayang daripada ibunya yang terlantar di atas katil selepas tersedar daripada koma selama sejak 2010.

Zhang Rongxiang amat bertuah kerana mempunyai anak kecil seperti Gao Qinbao.
Wanita itu mengalami koma pada 2010 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tanpa disedarinya ketika dia sedang hamil.

Ketika doktor memberitahu suaminya, Gao Dejin bahawa isterinya tidak akan pulih lagi, mereka juga memaklumkan kepada lelaki itu bahawa isterinya sedang mengandung dan bayi dalam kandungan terselamat daripada nahas itu.

Selama lima bulan Gao Dejin menjaga isterinya di rumah hinggalah Gao Qianbo dilahirkan menerusi pembedahan di hospital.

Sejak itu kanak-kanak berkenaan berada di sisi ibunya dan dengan kuasa Tuhan, pada bulan Mei lalu, wanita itu tersedar daripada koma selepas mendengar suara anaknya, yang tidak pernah dikenalinya sejak dilahirkan.

Selepas tersedar daripada koma, Zhang Rongxiang hanya mampu menelan makanan, namun tidak mampu mengunyah makanan pejal.


Mujurlah ada Gao Qianbo yang membantu ibunya dengan mengunyah makanan itu dan meluahkan ke mulut ibunya.

Nyata kasih sayang dua beranak itu menyentuh perasaan sesiapa yang melihatnya.
Keluarga berkenaan kini mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan saudara mara mereka.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment