Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


KITA sendiri ‘keliru’ apa yang sebenarnya berlaku…tetapi yang pasti video ini kini mula heboh diperkatakan.

Kelihatan pada mulanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ‘bertegang urat’ dengan salah seorang peniaga.

Tetapi keadaan kemudian menjadi semakin serius apabila berlaku tolak-menolak antara sesama mereka.

Kemudian salah seorang pegawai penguatkuasa itu membuka uniformnya, cuma yang tinggal seluar dan singlet sahaja.

Pasti berlaku provakasi hingga menyebabkan dia bertindak demikian.
Nasib baik ia tidak berakhir dengan pergaduhan yang lebih serius.

Sebenarnya inilah cabaran yang terpaksa dihadapi bila kita bertugas untuk melaksanakan undang-undang,,,baik PBT, polis atau jabatan apa sekalipun.

Kesabaran tahap tertinggi diperlukan. Maklumlah terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia dan pemiaga yang pelbagai.

Namun perbuatan menanggalkan baju atau uniform ini tetap SALAH.
Sebagai penjawat awam, kita tidak boleh sesuka hati berbuat demikian walaupun marah macam mana sekalipun.

Pada masa yang sama, orang awam pun tidak bolehlah sesuka hati mencabar atau mempertikai tugasan penguatkuasa ini.

Mereka telah diamanahkan untuk melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sebarang ketidakpuasan hati boleh disalurkan dengan baik melalui saluran yang telah sedia ada…percayalah, kalau dua-dua pihak berkeras, tak mungkin kita akan jumpa penyelesaiannya.

Harap pihak DBKL boleh memberi penjelasan lanjut mengenai insiden ini
Saksikan VIDEO di bawah ini


PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

3 comments:

  1. ala nk juntuk badan je sebenar ye.. ni sume poyo!!!!

    ReplyDelete
  2. ayah aku Penguatkuasa DBKL.. aku tahu macam mana mereka bekerja.. hanya sebahagian mereka sahaja yang jenis macam ni.. Mereka bertindak atas kerjasama orang awam juga khususnya pelaku kesalahan.. kalau si pesalah tidak boleh beri kerjasama macam mana mereka nak buat kerja mereka?? mereka pun mencari rezeki halal.. (yang terima rasuah jawab la di akhirat nanti..) yang penting bukan semua Penguatkuasa DBKL berperangai macam tu..

    ReplyDelete
  3. btl laa tu... nk gadoh tggl unifrm...sama2 awam .xberani plk mamat tu...xreti nk hormat kerja org cuba ckp elok2 mesti leh satelnyer...

    ReplyDelete