Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Penyanyi seksi Nicole Scherzinger dan pemandu kereta F1 Lewis Hamilton mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan mereka dan membawa haluan masing-masing selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Dipetik daripada laporan The Sun, keputusan tersebut diambil kerana pasangan ini sibuk dengan karier masing-masing dan jarang bertemu.

Penyanyi berusia 35 tahun itu kini sibuk dengan tugasnya sebagai juri untuk siri televisyen realiti "The X-Factor" di United Kingdom, manakala Hamilton pula sentiasa merantau ke pelbagai negara kerana terlibat dengan perlumbaan F1.

Menurut satu sumber, pasangan tersebut telah berpisah sebulan yang lalu dan Scherzinger kecewa dengan pengakhiran hubungan mereka.

"Nicole merasa sangat kecewa dan sedih ketika ini. Dia menyangkakan Lewis adalah jodohnya, tetapi ianya terkandas di tengah jalan.

"Dia dan Lewis sudah berpisah sejak sebulan yang lalu tetapi mereka tidak memberitahu sesiapa kecuali beberapa rakan terdekat dan keluarga sahaja," ujar sumber itu.

Sementara itu, kali terakhir pasangan ini dilihat bersama adalah ketika Scherzinger menemani Hamilton di Grand Prix Kanada, Montreal pada 10 Jun lalu.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment