Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Semua pun tahu pelakon yang menjadi kegilaan ramai ini pernah berkahwin dan bercerai dengan bekas suaminya yang juga kini suami kepada Fasha Sandha.

Satu-satunya anak mereka, Rayqal dah pun masuk usia empat tahun tapi Nora Danish masih lagi solo dan tak pernah dengar berita yang dia akan menamatkan zaman ibu tunggalnya.

Namun begitu, melalui video yang dirakam oleh Majalah EH! semasa sesi penggambaran penghias muka hadapan majalah itu, Nora mendedahkan yang dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.




Majlis perkahwinan ala Twilight menjadi idaman Nora Danish
Siapa tak nak kahwin kan? Jadi bagi Nora, untuk perkahwinan kali kedua ni Nora mengidamkan majlis perkahwinan macam dalam cerita Twilight. Nora sukakan konsep perkahwinan dalam hutan dengan bunga-bunga segar warna putih.
Nora juga menyatakan yang dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga cuma bersikap lebih berhati-hati supaya masjid yang dibina buat kali kedua di masa akan datang berkekalan buat selama-lamanya.

Tapi diharap peminat semua tidak cepat melatah kerana buat masa ini Nora belum pun menemui lelaki yang betul-betul sesuai untuk dijadikan suami. Mungkin satu hari Nora akan bertemu jodoh lagi sekali tapi dengan siapa dan bila tak dapatlah nak dijawab sekarang.

Bagi yang belum pernah menyaksikan video rakaman oleh majalah EH! itu, kami ada sertakan di bawah ini untuk tontonan anda semua.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment