Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


KALAU sudah dikenali sebagai bintang popular, sifat diva yang ada dalam diri mereka sukar dikikis.

Pelakon seperti Kate Beckinsale misalnya, sudah biasa dilayan seperti ratu. Boleh dikatakan semua perkara tentang kehidupannya diuruskan oleh orang lain. Malah, sifat aktres itu juga dilihat kurang menyenangkan mata pihak lain apabila dia tergamak menyuruh wanita tua membawa barang-barang peribadinya baru-baru ini. Merasa diri sebagai seorang superstar, Beckinsale sanggup menyuruh seorang wanita tua untuk mendorong troli barang di sebuah lapangan terbang minggu lalu. Menurut suatu sumber, wanita itu memang seorang pegawai yang bertugas di situ.


Namun melihat usia dan barang yang harus ditolaknya, perbuatan Kate itu dianggap tidak bertimbang rasa. "Ketika wanita tua itu menolak troli penuh dengan barangan Kate, dia hanya berjalan santai di sebelahnya. Pada hal Kate jauh lebih kuat daripada wanita itu, apa lagi Kate pernah belajar seni bela diri dan sering berlatih di gimnasium untuk membentuk badannya. "Jika Kate benar-benar penat, semestinya dia memilih orang yang lebih muda daripada wanita itu untuk membantunya. Perbuatan pelakon filem ini memang tidak wajar ditiru," kata sumber yang menyaksikan kejadian yang dilakukan pelakon Underworld itu.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment