Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6




Seorang lagi alumnus siri realiti nyanyian SBS, “K-Pop Star 2”, Shin Ji-hoon dikhabarkan telah dilamar oleh Cube DC, syarikat subsidiari agensi terkemuka, Cube Entertainment yang melahirkan bintang idola seperti B2ST dan 4minute.

Menurut laporan yang dikeluarkan Allkpop, wakil dari Cube Entertainment baru-baru ini mengesahkan khabar tersebut dan berkata, “Shin Ji-hoon, bintang baru yang memiliki suara bidadari ini telah menandatangani kontrak bersama Cube Entertainment. Kami berharap bahawa anda semua dapat menyokong Shin yang akan memulakan kerjayanya bersama kami.”

Malah, Ketua Pegawai Operasinya, Hong Seung-sun juga meluahkan sukacitanya, dan memberitahu, “Saya berjaya mendapatkan berlian yang berharga hari ini. Tiada apa yang lebih mengujakan berbanding berita ini. Suaranya bagaikan langit cerah yang muncul selepas hujan. Kami tidak sabar menantikan Shin Ji-hoon menghiburkan hati pendengar dengan suaranya yang amat istimewa buat seorang gadis di usianya. Dia punya potensi untuk menjadi bintang hebat.”

Sekalipun tidak memenangi pertandingan mahupun berjaya mendapatkan perhatian tiga agensi hebat; YG Entertainment, SMEnt dan JYPE, Shin Ji-hoon berjaya meraih tempat dalam Top 10 rancangan “K-Pop Star 2”.

Malah Shin juga sudah pun memasuki carta muzik dengan lagunya, “Foolish Head”, yang juga merupakan runut bunyi “Secret of Birth” sebelum memasuki pertandingan tersebut.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment