Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Demi mahu menghasilkan yang terbaik sekaligus memberi kepuasan seratus peratus kepada 
sesiapa yang mendengar albumnya, penyanyi Hafiz Suip memberitahu ada beberapa cabaran besar yang terpaksa dilaluinya sepanjang tempoh rakaman albumnya yang diberi judul, Hafiz Suip ‘Luahan Hati Anak Seni’.

Terutamanya untuk memperdengarkan vokal yang kekal lunak dalam albumnya itu, Hafiz berkata dia terpaksa meminum kicap yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Pengalaman tersebut dilalui sewaktu menjalani proses rakaman tiga buah lagu yang di jalankan di Indonesia.

“Semasa proses rakaman di Indonesia, cuaca di sana sangat panas dan saya demam. Masa tu saya memang risau sangat, takut tak boleh nyanyi dengan baik. Mujur masa saya datang ke studio, salah seorang kru di studio tu suruh saya minum kicap bangau (kicap pekat) di campur dengan limau nipis. Allhamdulillah, berkesan dan saya dapat lakukan proses rakaman dengan lancar. Di sana, saya rakamkan tiga lagu iaitu Bahagiamu Deritaku dan video klipnya, single Patah Hati dan Hanya Ingin Kau Cinta, katanya kepada Malaysian Digest.com
Hafiz ditemui pada majlis pelancaran album, Hafiz Suip ‘Luahan Hati Anak Seni’ bertempat di Wisma Bentley Music, The Curve, Damansara, petang semalam. Dengan konsep ‘mini magazine’, mempertaruhkan sembilan lagu, menarik, album tersebut turut menapilkaan ramai komposer dan penulis lirik terkenal tanah aar dan Indonesia. Antaranya LY dan Baiduri, Kuncidemak, Ajai, Satriyaa Anggun serta Ajai.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment