Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Koleksi Baju Raya Rekaan Hatta Dolmat, Urban Habis!


Kalau diperhatikan sekarang ini ramai dah mula menempah baju untuk Hari Raya yang bakal menjelma nanti. Namun ada juga yang risau kerana banyak kedai jahit telah menutup tempahan. Sudah terlambat, katanya.

Namun bagi yang belum berkesempatan mencari baju raya, inilah masanya untuk melihat koleksi pakaian yang direka khas bersempena Aidilfitri oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Tahun ini, Hatta menampilkan empat koleksi yang cukup menawan hati melalui rekaan ekslusif Lady Brocade, Lady Lace, Lady Sequin dan Lady Galaxy.

Setiap rekaan menyerlahkan personaliti pemakai yang tersendiri. Sebagai contoh, Lady Brocade membuatkan si gadis nampak berkeyakinan dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Manakala Lady Lace pula menyuntik semangat elegan dan mewah di hari yang mulia nanti. Bagi yang menggemari imej lebih jelita dan glamor, anda boleh mencuba busana dari koleksi Lady Sequin yang cantik-cantik belaka.

Dan paling menarik sekali, Lady Galaxy memberikan kelainan dengan sematan unsur pelik namun masih kekal unik dan bergaya. Dari amatan MyInfoHubs, koleksi ini amat sesuai untuk gadis remaja yang lasak dan gemarkan cabaran.

Pastinya ramai yang teruja untuk mendapatkan koleksi raya ini, kan? Untuk pengetahuan semua, anda boleh dapatkan produk ini di CY@M Ballroom, Sheraton Imperial KL pada 6 & 7 Julai 2013 jam 10 pagi hingga 10 malam.
Tidak ketinggalan, keesokan harinya iaitu 8 Julai 2013 akan bermulanya jualan koleksi pakaian raya Hatta Dolmat di Zalora dan butik First Lady yang terpilih.

Jangan lepaskan peluang anda untuk meraikan Aidilfitri tahun ini secara eksklusif dengan busana yang cukup mewah dan elegan dari Hatta Dolmat.

Disertakan juga beberapa foto koleksi pakaian raya 2013 di bawah untuk tontonan anda. Mesti ramai yang tertarik dengan rekaannya yang cantik dan luarbiasa.





















Trend 'colour block' dengan pilihan warna terang



Trend pakaian pada tahun ini memang sangat menarik dan menampilkan gaya urban. Tahun 2013 juga menyaksikan trend pakaian 'colour block' atau pemilihan warna pakaian yang berbeza seperti yang diperagakan oleh aktres Kim Kardhashian dan Kate Winslet pada majlis karpet merah.

Fesyen ini sangat sesuai untuk diketengahkan dalam acara-acara tertentu seperti makan malam romantik atau sewaktu berlibur di parti mewah.

Direka untuk anda yang ingin kelihatan seperti selebriti, trend 'colour block' ini pastinya akan membuat anda kelihatan lebih menonjol dari sebelumnya. Anda boleh memadankan baju biru terang dengan pelbagai warna lain atau menggabungkan koleksi warna hitam putih untuk personaliti yang lebih sofistikated. Kunci utama gaya ini adalah padanan warna haruslah tepat untuk memberi suntikan keceriaan pada pakaian anda!

Untuk padanan aksesori bagi fesyen jenis ini, anda hendaklah memadankannya dengan rantai yang menarik seperti kalung mutiara. Jangan lupa, tampilkan juga beg clutch elegan disertai dengan elemen keriangan. Antara warna yang hebat untuk fesyen seperti ini adalah Violet Afrika, Jed, Zamrud dan Biru Monaco.

Pilihlah warna seperti kuning terang, ungu dan jingga untuk tampil berstail. Anda juga boleh melihat dan meniru gaya selebriti untuk memastikan penampilan anda nanti tidak kelihatan janggal di mata orang lain.

Pencuci muka cecair atau sabun buku?


Mana satu pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda? Adakah sabun buku atau pencuci muka berbentuk cecair. Sebelum memilih salah satu daripada keduanya, mari kita lihat tips memilih pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda.

Sabun buku/ Sabun bar
Sabun ini biasanya lebih murah berbanding sabun cecair dan mempunyai banyak buih. Walaubagaimanapun, sabun jenis ini boleh menganggu keseimbangan pH normal kulit kerana kealkaliannya yang lebih tinggi dan sedikit berasid (pH rendah).

Nilai alkali yang telalu tinggi boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Jadi, sabun buku akan membuatkan jerawat anda menjadi semakin teruk. Ia turut menjadikan kulit anda lebih kering.

Sekiranya anda memang terbiasa menggunakan sabun jenis bar atau buku, carilah sabun yang lembut serta tidak kering seperti Purpose Gentle Cleansing Bar dengan glisterin atau Cetaphil Gentle Cleansing Bar yang tidak beralkali. Di samping itu, cuba L’Occitane Shea Butter Milk Extra Gentle Soap yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan mentega shea.

Sabun cecair/ Pembersih muka cecair
Harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan sabun bar namun ia lebih sesuai dengan kulit wajah anda dan lebih dekat dengan nilah pH normal.

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, cuba pilih gel atau pembersih yang berbuih untuk menghilangkan segala minyak dan sisa solekan yang masih terlekat di wajah anda. Selain itu, kulit juga tidak akan kering. Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat yang tidak serius, gunalah Aveda Outer Peace Foaming Cleanser dengan asid salisilik untuk menutup liang pori.

Untuk masalah kulit kering dan sensitif, cari pembersih berasaskan susu atau krim seperti Cetaphil Original Gentle Skin Cleanser, Olay Definity Illuminating Cream Cleanser atau Shiseido Pure Cream Cleanser.

Pakaian yang harus ada di dalam almari anda!


Adakah anda sentiasa mengikut arus perekembangan trend dan sering berbelanja untuk trend pakaian yang hanya bertahan sementara sahaja? Sekiranya anda merasa rugi menghabiskan wang untuk trend yang tidak kekal lama, pastikan anda memiliki beberapa pakaian yang kami senaraikan di bawah untuk tetap tampil bergaya.

Legging
Ramai wanita memilih untuk memakai legging kerana ianya selesa serta memberi ilusi bentuk kaki yang cantik. Kepada penggemar mini skirt, legging ini boleh digayakan bersama tanpa mencacatkan penampilan anda.

Jaket/ Blazer
Jaket kulit memberikan gaya kasual untuk anda bersantai bersama rakan-rakan. Ianya juga boleh dipadankan dengan gaun formal yang dikenakan agar anda boleh terus berhibur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja.

Skirt mini
Skirt mini merupakan satu trend yang tidak pernah pupus setelah dipopularkan di London pada 1960 an. Skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai terutamanya para remaja.

T-shirt
Tshirt memang tidak asing lagi kepada kita. Padanan tshirt dengan dengan seluar bercorak boleh menampilkan gaya ringkas. Pendek kata, tshirt tetap membuatkan anda nampak menarik dan tidak akan luput ditelan zaman!

Gaun kemban
Gaun kemban memberikan gaya elegan dan selalu dipakai oleh artis-artis sewaktu di karpet merah. Anda juga boleh menggayakannnya sewaktu menghadiri majlis hari jadi teman-teman.

Kasut flat
Kepada yang tidak sukakan kasut tumit tinggi, kasut flat ini merupakan kasut yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis baju pada setiap acara samada kasual atau formal.

Ketahui perbezaan krim BB, CC dan DD


Apabila menyebut tentang BB, CC dan DD, apakah yang bermain di kotak fikiran anda? Adakah huruf berganda ini menentukan saiz pakaian dalam, gred telur, buah-buahan, emas atau tekstil?. Mungkin kita pernah mendengar krim BB namun apakah pula CC dan DD?

Untuk pengetahuan anda, CC dan DD adalah krim seperti BB yang mampu memberi kelembapan kepada kulit serta melindungi cela di wajah. Namun, apakah perbezaan krim-krim ini?

Kenali krim pelembap yang sesuai dengan kulit anda dengan membaca panduan di bawah:

Pelembap berwarna
Pelembap berwarna merupakan pilihan sesuai untuk wanita yang sukakan asas solekan ringan. Produk ini akan menyerlahkan kulit anda dengan formula sedikit berwarna kepada pelembap. Ia memberi litupan sederhana pada kulit normal. Mereka yang mengalami masalah kulit berminyak tidak digalakkan mengguna pelembap berwarna ini kerana muka akan kelihatan semakin berkilat serta tidak mampu menutup keseluruhan cela pada wajah.

Krim BB
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, krim BB atau 'Blemish Balm' adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna.

Krim CC
CC atau 'Colour Correcting' membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.

Krim DD
'Daily Defense' atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.

Tips Memakai Jeans Berwarna


Kini terdapat banyak jeans berwarna ditawarkan seperti jeans berwarna ungu, pink, jingga, kuning ataupun merah. Namun kadang-kala pasti anda akan berasa bingung untuk dipandankan. Kepada anda yang ingin memakai jeans berwarna ini, di sini terdapat beberapa tips untuk anda tampil menarik dengan jeans berwarna.

Pilihlah warna solid
Jeans warna solid masih banyak dipakai oleh golongan remaja kini. Namun untuk tampil lebih menarik lagi, anda boleh padankan jeans berwarna dengan baju warna terang. Kombinasi jeans berwarna dengan baju warna terang akan membuatkan anda tampak lebih feminim. Anda juga boleh menambah dengan memakai aksesori seperti gelang, rantai atau tali pinggang dengan warna yang sesuai.

Jeans berwarna dengan gaya 'sporty'
Anda juga boleh mencuba menggayakan jeans berwarna dengan kombinasi jeans dengan kasut hi-top, slouchy tees atau jaket untuk tampil lebih 'sporty'.

Gayakan dengan jaket kulit
Jaket kulit merupakan salah satu atasan yang sesuai untuk dipakai dan dipadankan dengan jeans berwarna. Anda akan tampak lebih ceria dan hebat.

Jeans berwarna dipadankan dengan pakaian yang santai
Anda dapat memadankan jeans tersebut dengan 'sweater' berpotongan longgar, tank top, serta beberapa aksesoris sederhana seperti anting, kalung, gelang, maupun tali pinggang. Anda juga dapat memakai tudung dengan warna yang sesuai. Untuk melengkapi penampilan, anda juga boleh memakai kasut tumit tinggi untuk membuat anda kelihatan lebih tinggi.

Padankan dengan blazer untuk tampak rapi
Blazer dapat menjadi pilihan ketika anda menggayakan jeans berwarna. Blazer akan membuat anda terlihat lebih rapi walaupun memakai jeans. Jika tempat kerja tidak mengharuskan anda memakai pakaian formal, padanan blazer dengan jeans kegemaran anda pasti akan membuatkan anda tampil dengan bergaya ke pejabat.

Elakkan memakai jeans berwarna terang waktu malam
Jika anda keluar pada waktu malam, elakkan dari memakai jeans berwarna neon. Pilih warna jeans yang gelap seperti warna ungu gelap, merah maroon atau hijau olive yang dipadankan dengan aksesori metalik.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam menggayakan jeans berwarna dengan betul dan tampak menarik.

Lima produk kecantikan diharamkan


Pada bulan Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan lima jenis produk kecantikkan yang dipercayai mengandungi bahan yang merbahaya seperti merkuri dan karbon.

Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan telah mengeluarkan senarai produk kecantikan yang diharamkan termasuk bahan kimia yang dijumpai di dalam produk.

Senarai penuh pelbagai produk yang diharamkan daripada tahun-tahun sebelumnya juga telah diberi untuk keselamatan pengguna.

Antara produk yang disenaraikan ialah:

1) Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
2) SS Vita C Night Repair
3) Daily Protecting Cream- Joie et Beaute
4) ~H20 + Waterwhite Brightening White Cream
5) Chantique – Whitening Night Cream

Kepada peniaga yang masih menjual produk ini akan dikenakan denda sebanyak RM25, 000 atau tiga tahun penjara untuk kesalahan pertama.

Teknik solekan untuk musim bunga 2013


Apabila menyentuh sahaja mengenai kecantikan, solekan tipis dikatakan paling terbaik untuk menyerlahkan kecantikan semulajadi. Namun, muka pasti akan kelihatan pudar tanpa warna solekan. Sempena fesyen tahun 2013, beberapa jurumekap telah memperkenalkan teknik solekan yang banyak bermain dengan warna supaya kelihatan menarik dan mencuri tumpuan orang.

Celak dengan kesan penuh

Memandangkan trend 'cat-eye' sangat popular pada tahun lepas, celak telah menjadi sangat penting dalam solekan. Walaupun tampil retro dengan kesan 'flicked up'. Jurusolek artis telah mencipta satu garisan ketara dengan bayang bayang mata warna platinum di bahagian kelopak. Anda pasti akan mendapat inspirasi untuk mengayakannnya dari pagi hingga malam.

Bulu mata lebat

Inilah masanya untuk anda tampil dengan bulu mata lebat dan melentik seperti gulungan Twiggy. Untuk mencabar kecantikan diri, aplikasikan bulu mata palsu lebat yang mempunyai garisan putih.

Kening yang tebal dan cantik

Jurusolek artis, Charlotte Tilbury tampil dengan 'segar, bersih' dengan memperkenalkan Pensil kening M.A.C manakala Pengurus Solekan Estee Lauder telah mempertingkatkan jenama pensil alis matanya dengan pensil kening dalam warna kelabu lembut. Antara tip untuk memakai pensil kening ini ialah sikat bulu kening ke bawah untuk mendapatkan bentuk semula jadi kening, penuhkan kawasan bulu yang jarang dengan pensil dan bentukan kontur bulu kening anda.

Gabungan biru dan hijau

Pengaruh Mediterranean menyebabkan ramai artis yang menggunakan warna solekan mereka dengan warna turquoise, jade dan aqua. Cuba gunakan sedikit celak berwarna hijau dan jika anda berani, letakkan sedikit kilauan di sekitar mata seperti seorang model dari Gucci.

Kulit bersinar dan bercahaya

Kulit segar serta semulajadi menjadikan kita sempurna. Applikasikan bedak asas cecair menggunakan berus dan berikan perhatian lebih kepada dahi dan hidung untuk nampak lebih kesan. Gunakan concealer untuk melindungi cela dan aplikasikan pemerah pipi untuk menaikkan tulang pipi.