Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


AMPANG: Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya di Pandan Indah, di sini, sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan sxks.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.

Menurut sumber, kejadian itu bermula selepas suami mangsa melihat isterinya itu bersiap untuk pergi menghadiri jamuan makan malam anjuran pejabatnya.

“Bagaimanapun, suami mangsa hairan apabila melihat mangsa bersiap seolah-olah mahu keluar menyebabkan dia bertanyakan ke mana isterinya hendak pergi. 

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment