Hidup Jacqueline Saburido berubah sepenuhnya selepas seorang pemandu mabuk melanggar kereta dia dan empat orang rakannya. Jacqueline yang kini berusia 33 tahun telah menghadiri satu parti hari jadi rakannya pada tahun 1999. Selesai parti tersebut, seorang rakan sekelas setuju untuk menghantar mereka balik ke rumah sebelum mereka dilanda kemalangan.
Kereta mereka berempat dilanggar oleh seorang lagi pelajar yang juga menghadiri parti tersebut tetapi mabuk selepas minum bir dengan rakan-rakan. Pelajar yang melanggar mereka , Reginald Stephey langsung tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dalam kereta Jacqueline, dua orang mati dengan serta merta dan dua orang lagi cedera ringan. Manakala Jacqueline kurang bernasib baik kerana kakinya tersangkut dan dia dibakar oleh api kebakaran kereta tersebut.
Nasib baik Jacqueline masih hidup tetapi kesan bakar pada dirnya begitu teruk sehingga perlu menjalani sehingga 120 pembedahan dan jarinya dipotong. Reginald dipenjara tujuh tahun dan denda RM65,000. Sementara, Jacqueline kini mengajar orang ramai mengenai bahayanya memandu semasa mabuk.
Cuba tengok rupa Jacqueline sekarang, hampir mengalir air mata bila kami tengok keadaan dia. Nasib baik dia tabah untuk meneruskan hidupnya.
No comments: