Kota Bharu - Cubaan dua lelaki untuk melakukan rompakkan di sebuah kedai emas disini gagal setelah pihak polis berjaya menembak mati salah seorang daripada mereka. Bagaimanapun seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Jalan Temenggong jam 11 pagi tadi menyaksikan dua lelaki yang sedang merompak kedai emas terserempak dengan anggota polis yang secara kebetulan meronda disekitar itu.
Menyedari kehadiran anggota polis, kedua-dua suspek itu bertindak melarikan diri di lorong bersebelahan kedai sebelum polis mengejarnya dan berjaya melepaskan tembakan yang mengenai pada bahagian paha salah seorang dari suspek.
Suspek yang rebah terkena tembakan itu dilihat meronta-ronta menahan kesakitan dan kemudiannya maut ditempat kejadian sejurus tibanya ambulan.
Sementara seorang lagi rakan suspek berjaya melarikan diri, setakat ini pihak polis masih belum lagi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
No comments: