Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Gambar hiasan
Rakan Cik Normah, Tipah Lawa gemar jalan-jalan pada malam minggu mengelilingi Kuala Lumpur sekadar untuk melihat gelagat manusia. Maklumlah, wanita bergetah ini mahu mencari ilham dalam novel terbarunya.

Hujung minggu lalu, selepas puas menjamah nasi lemak di Kampung Baru, dia yang ditemani Sakura Sepi melintasi sebuah pusat hiburan popular.

Kebetulan, dengan kerenah pengunjung pusat hiburan yang sesuka hati meletak kereta di bahu jalan, terpaksalah semua pemandu memperlahankan kenderaan mereka.

Dalam riuh mulut Tipah Lawa merungut dengan kesesakan yang terpaksa ditempuhi ketika hari sudah lewat malam, matanya terpandang gelagat seorang pemuda yang dipapah rakannya.

Kata Sakura Sepi yang sempat menyampuk, bukanlah mahu menyibuk, tetapi memikirkan mungkin lelaki atau lebih tepat remaja itu sakit dan memerlukan bantuan, dia yang memandu kereta memperlahankan kenderaannya.

Sengaja cari penyakit 


Sebagai peminat tegar drama, Sakura mengakui terkejut selepas melihat wajah jejaka yang amat dikenali itu. Melihat dari dekat, dia yakin wajah sinonim dalam drama kesukaannya bukan sakit, sebaliknya mencari penyakit.

Kongsinya, jelas sekali dia mabuk kerana terlebih minum hingga dua orang terpaksa memapahnya ke kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran pusat hiburan berkenaan. Kalau dihitung, usianya masih agak muda walaupun sebenarnya sudah melebihi 18 tahun.

Bukan apa, kata Sakura Sepi, anak muda terbabit popular dalam sebuah kisah keluarga beberapa tahun lalu. Waktu itu dia masih di sekolah rendah, tetapi banyak juga drama lakonannya selepas itu. Cuma Sakura Sepi hairan kenapa agaknya sampai boleh jadi macam tu.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment