Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Bukan mudah mempertaruhkan bakat seni ke pasaran antarabangsa, apatah lagi andai karya dihasilkan tersenarai sebagai calon anugerah berprestij seperti Oscar atau Academy Awards.

Biarpun berdepan ranjau, penyanyi mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yunalis Zarai membuktikan pengorbanan lebih tiga tahun berkelana di negara asing membuahkan hasil.

Sekalipun dendangan duet dengan Owl City dalam lagu Shine Your Way, penyanyi berusia 27 tahun ini bangga bakatnya diiktiraf apabila lagu ciptaan komposer, Adam Young tersenarai dalam pencalonan awal anugerah Oscar ke-86.

Mahu cipta banyak lagu untuk filem 

Tidak meletakkan harapan bagi lagu runut bunyi untuk filem animasi Hollywood, The Croods tercalon dalam senarai lima teratas kategori Original Song, Yuna bagaimanapun tetap berbangga.

Walaupun saya hanya berduet dalam lagu ini, namun saya sangat gembira dan teruja kerana lagu ini terpilih ke Oscar. Harapan saya, dapat terus menyumbang lebih banyak lagi bakat saya dalam filem akan datang, tidak kira di Hollywood atau Malaysia. 

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment