Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Baru-baru ini, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai telah mencipta satu lagi kejayaan apabila berjaya menjadi tetamu menerusi satu rancangan bual bicara yang popular di Amerika Syarikat iaitu Jimmy Kimmel LIVE terbitan ABC.

Bermula dengan hanya menginterpretasikan hasil karyanya menerusi persembahan-persembahan kecil, siapa sangka suatu hari nanti Yuna mampu untuk menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa seperti yang sudah dikecapinya hari ini.




Dipetik daripada twitter milik Jimmy Kimmel.

Dalam rancangan tersebut, Yuna telah mempersembahkan dua buah lagu yang dipetik daripada album terbarunya, Nocturnal iaitu Falling dan Resque bagi tujuan mempromosikan album tersebut.

Ketika Yuna mempersembahkan kedua-dua lagu tersebut, kelihatan para penonton bersorak dan mula menggawang-gawangkan tangan ke udara menikmati lagu yang disampaikan olehnya. Malah penonton turut memberikan tepukan gemuruh selepas Yuna selesai beraksi di pentas tersebut. Hebat sungguh penangan si gadis turban ini.

Sementara itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu turut disenaraikan antara 20 artis yang harus diberi perhatian pada tahun 2014 oleh sebuah portal berita antarabangsa, Huffington Post.

Dia turut disenaraikan bersama-sama 19 lagi pemuzik lain termasuklah Bad Rabbits, Balance and Composure, Banks, Flatbush Zombies, Ground Up, The Internet, King Krule, Knytro, Mausi, Polyenso, Sam Smith, Say Lou Lou, Shad, Tilian, Travis Scott, Volcano Choir, WC Lindsay, Wake Owl dan juga 1975.


PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment