Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



ORANG lain yang normal memelihara kucing, arnab dan mungkin juga hamster sebagai haiwan peliharaan mereka kerana haiwan berkenaan disifatkan sebagai manja dan mudah untuk dijaga.
Atas dasar sukakan perbezaan dan mungkin sukakan cabaran ada sesetengah orang suka memelihara binatang yang pelik dan eksotik demi untuk memuaskan selera kepelikan mereka.
Antara binatang pelik yang dibela adalah seperti ular sawa, kala jengking, iguana dan banyak lagi haiwan yang pelik yang kini dibela oleh manusia.
Bagi seorang lelaki, kegemarannya memelihara ular sawa mendapat kecaman hebat di laman sosial Facebook apabila memberikan ularnya makan seekor anak kucing yang ditemuinya.
Lelaki itu turut memuatnaik gambar ularnya memakan anak kucing berkenaan di laman Facebooknya.
Betapa kejam lelaki yang jika dilihat dari laman Facebooknya menunjukkan dia berasal dari Singapura kerana banyak gambar diambil dari negara di seberang tambak berkenaan.
Beberapa komen yang ditujukan padanya mendakwa dia seorang yang tidak berperikemanusiaan sanggup memberikan anak kucing yang dijumpainya terbiar menjadi makanan ular sawa peliharaanya.
Lelaki kejam ini turut mengetahui makanan apakah yang akan diberi kepada ular sawanya selepas ini dan sudah pastinya ia adalah anak kucing 

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment