Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Sebaik tahu cerita Stacy masuk islam, ibunya bertanya kenapa tukar agama tanpa maklumkan keluarga terlebih dulu.Namun, selepas menjelaskan gadis dalam gambar itu bukan dirinya, ibunya faham dan tidak lagi memanjangkan perkara itu. Stacy akui dia memang mengagumi agama Islam tetapi buat masa ini belum terfikir untuk bertukar agama.


Berita tergempar juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy peluk Islam dengan nama Nur Aisyah Rabiah yang tersebar luas di Internet mengejutkan peminat, baru-baru ini. Pelbagai reaksi diberi, ada yang gembira dan siap ucap tahniah dan tidak kurang juga keliru.

Bagaimanapun, Stacy yang dimaksudkan bukan penyanyi lagu Kasanova tetapi gadis lain yang nama sebenarnya Stelly.


Terang-terang gambar yang tersebar di Internet itu bukan Stacy. Jauh benar rupanya, langsung tak sama.

Ternyata Stacy tidak cepat melatah dengan isu itu, sebaliknya mengakui hanya tersenyum apabila ada peminat cuba mendapatkan kepastian mengenai perkara itu di laman sosial Twitter miliknya.


Anak jati Sabah ini lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana kebenaran yang dia bukan gadis itu akan diketahui juga. Dia lega apa bila orang ramai tahu cerita sebenar dan tidak lagi memperbesar-besarkan perkara itu.

Soal yang satu ini tidak boleh buat main-main, kalau betul mahu masuk Islam, biar serius dan ikhlas dari hati.

“Yang boleh saya katakan, buat masa ini hati saya belum terbuka. Saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang. Harap dengan penjelasan ini, orang ramai khususnya peminat tidak keliru lagi.


“Kalau nampak gambar saya berbaju kurung, jangan cepat buat kesimpulan saya bertukar agama seperti berlaku baru-baru ini.

“Apabila keluar gambar gadis itu peluk Islam, ada pula insan muat naik gambar saya berbaju kurung ketika menghadiri kenduri perkahwinan abang untuk menguatkan lagi bukti saya menjadi Muslim.

“Hidup dalam masyarakat majmuk, bukan perkara pelik jika kita pakai baju kurung,” katanya.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment