Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 34 tahun sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi suspek yang turut membawa sebilah pisau.Sebaik menghampiri mangsa, suspek terus meletakkan pisau berkenaan di lehernya sebelum menampar selain mengugut akan membunuh bekas isterinya itu sekiranya dia enggan melakukan hubungan seks dengannya.
Kuala Terengganu: Seorang lelaki layak digelar gila talak apabila bukan saja tergamak mengugut mahu membunuh bekas isterinya, tetapi turut merogol mangsa dalam kejadian di Pengadang Baru, di sini, semalam.
Suspek berusia 40-an itu turut bertindak mengikat sebelum memukul bekas isterinya selepas puas melepaskan nafsu serakah dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.
“Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek tidak berakhir di situ apabila dia bertindak mengikat kaki bekas isterinya sebelum membelasah wanita itu menyebabkan mangsa sakit di seluruh badan,” katanya.
Sumber berkata, sejurus kejadian itu, suspek tanpa rasa bersalah meninggalkan mangsa yang dalam kesakitan.
Katanya, mangsa yang bimbangkan keselamatannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, pasangan berkenaan bercerai pada Oktober tahun lalu dan mempunyai empat anak.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian berkenaan dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Latest
Slider[Style1]
Style2
Style3[OneLeft]
Style3[OneRight]
Style4
Style5[ImagesOnly]
Style6
Tagged with: Ragam
PERINGATAN!
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- Popular Post
- Video
- Category
No comments: