Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Terkejut apabila seorang kenalan bercerita perangai tidak senonoh pelakon terkenal seberang yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan video panas.



Babak hangat itu berlaku dalam pesawat ketika pulang ke negaranya. Figura jelita itu datang ke Malaysia atas undangan menjadi juri satu program. 

Kata si penyampai yang menyaksikan kejadian itu, dia tak sangka pelakon itu langsung tak ada rasa malu hingga tidak hirau mata memandang perlakuan melampau bersama teman lelakinya. 

Ada ke patut bermesra seolah-olah mereka ada dalam bilik, walhal mereka berada dalam pesawat! Sepatutnya dia belajar daripada kesilapan lepas, tetapi nampak gayanya perkara mengaibkan itu langsung tidak buat dia insaf, sebaliknya makin ‘mengganas’. 

Kalau dulu buat perkara tidak senonoh dalam bilik, sekarang berani tayang terang-terangan dalam kapal terbang. Mungkin dia fikir duduk di tempat bisnes tidak ada yang akan ambil tahu, sedangkan yang berlaku sebaliknya. 


Ia jadi ‘kenangan’ tidak dapat dilupakan buat mereka yang memandang dan terpandang, malah lebih parah jadi buah mulut. 

Itulah jadinya bila bertuankan nafsu. Hilang segala rasa malu hingga tergamak bersikap keterlaluan secara terbuka. 

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment