Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya.
Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung.
Mekap dan bedak berwarna putih menjadikan warna kulitnya seperti porselin dan matanya kelihatan seperti anak patung kerana dia memakai kanta lekap berbintik berwarna coklat dan bulu mata palsu.
Dia memilih warna pastel untuk pakaiannya dan sering dilihat mengenakan gaun yang biasanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan.
Penampilannya menjadikan remaja Britain itu terkenal di internet. Lebih 30,000 orang melanggan saluran Youtube rasminya, ditambah lagi 20,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook.
Dia mempunyai 85 video tutorial di laman Youtube, VenusAngelic, dan ditonton 10 juta kali. Satu videonya mengajar sesiapa yang mahu kelihatan seperti patung, ditonton 1.6 juta kali.
No comments: