Kejatuhan moral di kalangan pelajar sekolah agak membimbangkan hari ini. Satu kes di Kedah sebagai contoh, Seorang pelajar sekolah aliran agama perempuan dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah di atas membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan di tempat pembuangan sampah…Pelik tak kenapa orang yang berpendidikan agama juga tidak dapat melarikan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahil ini
“Apa kes yang kita belum pernah berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang ni? seks dalam darjah? gaduh melibatkan pelajar perempuan sebab rebut lelaki ? kes buang anak ? seks beramai-ramai ? kena tangkap dalam tandas? semuanya yang saya katakan tu semuanya pernah berlaku. Mengapa jadi seperti ini? pelik tak?Malah ianya bukan sahaja melibatkan sekolah menengah biasa sahaja tetapi sekolah berasrama dan sekolah-sekolah agama juga turut menular.
Pergaulan bebas di kalangan pelajar lelaki dan perempuan sangat-sangat membimbangkan. Kita boleh di lihat di laman media sosial di mana ramai pelajar sekolah berpakaian ala menjolok mata… Ada sesetengah tu bukan sahaja menjolok mata tetapi mengorek mata… perkara ini benar dan tiada siapa boleh menafikan…Pelbagai kempen untuk mencegah gejala ini berlaku tetapi semakin berkembang pula kegiatan ini sehingga tidak dapat dibendung.
Tapi apa yang saya fikir ketika dahulu memang benar. Kecanggihan yang ada hari ini sebenarnya memberikan kerosakan kepada kita sendiri… cuba lihat gambar di bawah ini…” Ni adalah tangungjawab kita semua sebagai umat islam di Malaysia untuk menangani masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar dan bukan hanya menyalahkan sebelah pihak. sekali kita menunding jari terkena pula pada diri sendiri nanti… Baik jangan menunding jari.. sama-sama kita ikhtiar mencari jalan untuk membendung gejala ini… Tangungjawab bersama…” Kata penulis itu lagi..Untuk membendungnya, kembalilah kepada cara hidup Islam, sebagai ‘way of life’, termasuk di bidang pendidikan, apa lagi dalam politik negaranya.
Latest
Slider[Style1]
Style2
Style3[OneLeft]
Style3[OneRight]
Style4
Style5[ImagesOnly]
Style6
Tagged with: Umum
PERINGATAN!
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- Popular Post
- Video
- Category
No comments: