Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

"Saya bersedia menerima sebarang implikasi serta tanggapan penonton terhadap penampilan seksi saya," kata Marsha Milan mengenai isu penampilan seksi serta adegan ranjangnya bersama Wan Hanafi Su didalam Filem Laga.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan adegan ranjangnya pasti akan mengundang pelbagai kritikan tetapi dia berharap ia dinilai daripada sudut positif. Alasannya, adegan itu diwujudkan sebab ia mempunyai mesej tersendiri sebagai panduan kepada masyarakat.

"Dalam pada itu ia dapat menambah rasa dalam filem yang sebenarnya mahu menonjolkan budaya laga ayam namun dalam masa yang sama hubungan suami isteri turut menyumbang kepada kehidupan seharian manusia biasa.

"Saya sebelum ini juga sering dikaitkan dengan imej seksi jadi persedian mental sudah ada. Cuma dalam Laga ini adegan tersebut dibuat dengan teknik kamera yang menggambarkan seolah ia benar agar ia kelihatan logik," ujar Marsha dipetik sebagai berkata.

"Tujuan saya terima tawaran membawakan watak Ayu juga didorong perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan meletakkan ia sebagai cabaran buat diri saya sendiri untuk lebih versatil dalam dunia lakonan.

"Dikelilingi pelakon hebat dalam set Laga, saya beruntung kerana mendapat tunjuk ajar daripada Eman Manan serta Wan Hanafi Su juga banyak membantu bagi memudahkan saya menghidupkan watak Ayu terutama sekali yang melibatkan adegan yang panas bersama Hassan Laga.

"Banyak perkara yang pada mulanya membuatkan saya gementar berada disamping pelakon hebat seperti mereka tetapi lama-kelamaan ia membuatkan saya lebih fokus untuk membuat yang terbaik untuk watak Ayu," tambah Marsha.

Untuk info, filem Laga arahan Ismail Yaakob itu bakal ditayangkan pada 26 Januari ini di pawagam. Jadi jika anda teringin menonton babak ranjang tersebut, apa kata penuhkan pawagam untuk menyaksikan kehebatan Marsha. Heh.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment