Iklan merupakan alat komunikasi yang penting dalam dunia perniagaan bagi melariskan jualan sesuatu produk yang ingin dijual. Dengan kuasa iklan juga, pembeli akan mendapat informasi yang bermanfaat mengenai barangan yang hendak dibeli. Sebab itu lah syarikat-syarikat konglomerat yang terkenal di dunia amat menitik beratkan kuasa iklan ini dan mereka sering bersaing bagi memperlihatkan kepada dunia iklan siapakah yang lebih menarik bagi menarik pembeli. Berikut merupakan iklan-iklan termahal yang pernah dibuat di dunia.
7. Ferrari/Shell (USD$4.5 Juta)
Iklan yang dibuat pada tahun 2007 itu berakhir dengan imej yang menujukkan kereta lumba tersebut berhenti di sebuah stesen minyak milik Shell dan kemudian meneruskan perjalanannya mengelilingi dunia.
6. Honda (USD$6.2 Juta)
Iklan ini merupakan sebahagian promosi dari produk automotif, Honda Accord yang diperkenalkan pada tahun 2003. Apa yang uniknya, iklan ini sama sekali tidak menggunakan bantuan teknologi komputer. Kerana itu lah yang membuatkan iklan ini menjadi mahal.
Untuk memastikan iklan ini berjaya, sebanyak 606 keping gambar telah diambil bagi menjamin kesempurnaannya dari awal hingga ke akhir. Dalam iklan ini juga, seluruh bahagian daripada kenderaaan ini telah dileraikan dan diletakkan di atas lantai dan ia mula terpasang secara sendirinya sehingga pada akhirnya membentuk sebuah kenderaan Honda.
5. Pepsi (USD$8.1 Juta)
Iklan yang berdurasi 90 saat ini pertama kalinya telah ditayangkan pada 2002 dalam satu acara Superbowl. Ia menampilkan aktes Hollywood, Britney Spears yang menampilkan sejarah minuman ini selama 5 dekad yang terakhir.
Britney Spears telah muncul dengan pelbagai jenis kostum bagi menyesuaikan diri dengan keadaan pada tahun tertentu. Pada setiap dekad dalam iklan itu, Britney selalu mengucapkan tagline minuman itu pada tahun 2002 yang berbunyi, "Untuk Mereka Yang Berfikiran Muda"
4. Chrysler (USD$12 Juta)
Iklan ini ditayangkan pada pertama kalinya pada pertandingan Superbowl 2011 yang menampilkan artis Eminem sebagai bintang iklan. Penggambaran iklan ini telah dijalankan di Detroit yang merupakan pusat kenderaan ini dibuat.
Eminem dalam iklan tersebut berlakon sedang memandu kenderaan tersebut dengan berlatang belakangkan laguLose Yourself dan berhenti di Teater Fox. Iklan ini berakhir dengan tagline "Made in Detroit".
3. Aviva (USD$13.4 Juta)
Aviva merupakan produk insurans dari salah satu syarikat di Britain. Untuk mempromosikan nama barunya ini yang sebelumnya adalah Norwich Union mereka menggunakan iklan ini pada 2008 untuk mempromosikan nama barunya itu.
Iklan ini banyak menampilkan nama-nama bintang filem yang terkenal seperti Bruce Willis, Dame Edna, Ringgo Starr, Elle Macpherson, dan Alice Cooper. Seperti Aviva, artis-artis yang terlibat dalam iklan ini telah mengubah nama asli mereka untuk menjadi sebahagian daripada iklan ini.
2. Guinness (USD$16 Juta)
Bagi memperingati ulang tahunnya yang ke 80 tahun, Guinness telah membiayai pembuatan iklan "Tipping Point" yang menggambarkan kolaborasi penduduk di sebuah kota kecil Argentina yang menyusun domino yang akanmenjatuhkan buku, kotak cat, bahkan kenderaan yang terletak di sebuah jalan.
Pada bahagian akhir iklan yang dibuat pada tahun 2007 ini, jatuhan setiap barangan tersebut membentuk sebuah lambang Guinness.
1. Chanel (USD$33 Juta)
Iklan yang berdurasi selama 2 minit ini telah diarah oleh Baz Lurhrmann dan menampilkan aktres Nicole Kidman yang berperanan seperti seorang artis yang sedang dikejar oleh paparazzi. Nicole akhirnya masuk ke dalam sebuah teksi yang didalamnya ada seorang penumpang lelaki yang merupakan penulis muda. Mereka berdua akhirnya jatuh cinta.
Dalam iklan yang dibikin pada 2004 ini, Nicole Kidman telah menerima bayaran sebanyak USD$3 Juta.
7. Ferrari/Shell (USD$4.5 Juta)
Pada ulangtahun nya yang ke 60 tahun, iklan Ferari/Shell telah menunjukkan sebuah kereta lumba Ferrari di beberapa lokasi yang terkenal di dunia seperti Colosseum dan Times Square, New York.

No comments: