Pihak berkuasa menyiasat sama ada berlaku kerosakan mekanikal berpunca daripada brek trak itu.Menurut saksi, kejadian itu berlaku ketika trak itu ‘terbang’ atas susunan beberapa kereta.“Pemandu kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh penonton yang dilihat bertempiran menyelamatkan diri,” kata saksi itu.
Enam mangsa terbunuh di tempat kejadian, tiga lagi mati ketika menjalani rawatan. Empat lagi mayat ditemui di bawah tayar kenderaan itu.
Datuk Bandar Chihuahua Marco Quezda berkata, pada awalnya 47 cedera tetapi bilangan itu meningkat 70 orang.
Pemandu trak terselamat tetapi ditahan selepas kejadian.
Kejadian berlaku ketika pertunjukan Extreme Aeroshow berlangsung tiga hari di Chihuahua dibatal sejurus selepas nahas itu pada hari kedua pertunjukan itu.
Menurutnya, kepala pemandu trak itu terhantuk kenderaannya menyebabkannya terbabas.
“Topi keledar pemandu itu dilihat jatuh melayang.” kata seorang penonton, Daniel Dominguez, 18.
Kata Dominguez, adik perempuannya berusia 11 tahun cedera di kaki dan menjalani pembedahan Ibunya pula dirawat kerana gegaran otak.
Seorang lagi penonton, Jesus Manuel Ibarra, 41, cedera di tangan dan pinggang.
“Saya terjatuh. Bila melihat di belakang saya nampak tayar trak itu meluncur dan merempuh saya,” katanya. – AFP
No comments: