Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Seorang artis wanita, Yan Yinhong telah diserang dan diraba oleh dua lelaki di Ha’an, semenanjung Jiangsu, ketika sedang melakukan persembahan ‘One Person’s Battlefield’. Persembahan tersebut bertujuan untuk membankitkan kesedaran masyarakat mengenai kekejaman terhadap wanita.



The New York Times melaporkan:

Serangan tersebut berlaku ketika persembahan apabila seorang lelaki muncul untuk meraba dan menciumnya namun beliau sempat mengelak. Walaupun sempat mengelak, lelaki berkenaan menolaknya hingga jatuh ke lantai dan terusk menyelak skirt yang dipakainya. Penonton pada ketika itu hanya menlihat kejadian berkenaan, malah ada yang bertindak merakamnya.




Adakah beliau melaporkannya kepada polis? Tidak: “Bagaimana kamu mahu melaporkannya di sini?” katanya.

“Pada saya, kemunculan mereka berdua menunjukkan betapa kejinya segelintir masyarakat kita yang semakin rosak,” kata Ms Yan melalui temuramah melalui telefon.

“Ianya sesuatu yang amat memalukan,” kata Cheng Meixin, seorang pengkritik seni bebas dan kurator serta penganjur Forum Seni Kontemporari dan Ideologi Hai’an di China di mana kejadian tersebut berlaku.

“Ianya tidak patut berlaku,” tambahnya lagi.

Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan perlakuan tersebut telah pun dirancang untuk menjayakan persembahan tersebut.


PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment