Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Gambar hiasan
Ipoh: “Saya nekad menumbuk muka lelaki itu sebaik ditolak ke dinding sebelum dipeluk dan cuba dicium. Ketika itu saya cuba melawan bagi mengelak diperkosa,” kata mangsa cubaan rogol yang mahu dikenali sebagai Alice, 19.

Dalam kejadian jam 4.10 petang Sabtu lalu, mangsa yang juga seorang pelajar diserang seorang lelaki ‘gila seks’ ketika berada di dalam tandas awam sebuah pasar raya terkemuka di sini.

Mangsa yang menetap di Bercham, di sini, mendakwa masuk ke dalam tandas awam di tingkat tiga pasar raya itu untuk membuang air kecil.

“Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba muncul dan bertindak memadam lampu serta mengunci pintu tandas itu.

“Lelaki itu bertindak memeluk badan saya dan cuba merogol.

Nasib baik saya meronta dan nekad melawan lelaki itu dengan menumbuk dan memukul mukanya,” katanya.

Dia kemudian menjerit sekuat hati meminta tolong menyebabkan penjenayah panik dan melarikan diri.

Menurutnya, orang awam yang melihat kejadian itu cuba mengejar dan menangkap lelaki terbabit namun gagal.
Mangsa buat laporan polis

Berikutan kejadian itu, dia segera membuat aduan kepada pengurusan pusat beli-belah itu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada hari sama.

Sementara itu Alice dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Cheong Chee Khing hadir ke IPD Ipoh, di sini semalam, untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat polis supaya kes itu ditangani segera.

Menurutnya, dia masih trauma untuk ke tandas awam di pusat beli-belah selepas kejadian itu.

“Saya berharap pengurusan pusat beli-belah dan polis dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa depan,” katanya yang ditemani ahli keluarga dan rakan ketika ditemui media di IPD Ipoh, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan membabitkan kes itu dan siasatan lanjut berhubung kejadian termasuk mengenal pasti sedang dijalankan.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment