Biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun, namun, sekali imbas, aktres Maria Farida kelihatan baru berusia lewat 20-an.
Itulah keistimewaan yang dimiliki Maria, biarpun sebenarnya dia sudah mempunyai anak lelaki yang menjangkau usia 15 tahun.
Justeru, dek kerana kelihatan masih muda, cantik dan 53ksi, tidak hairanlah ada pihak yang melabelkan wanita ini sebagai artis simbol 53ksi .
“Sejujurnya saya tidak selesa apabila orang labelkan saya sebegitu. Negara kita bukannya ada cerita seks sehingga saya mendapat label sebegitu.
“Saya rasa tidak adil saya dikatakan artis simbol 53ks hanya kerana saya berpakaian 53ksi . Saya harap orang tidak labelkan saya sebegitu hanya kerana imej saya. Sebaliknya, mereka sepatutnya menilai lakonan saya,” ujarnya kepada Zass.
Maria berkata, dia sebenarnya tidaklah akur apabila dilabelkan sebagai artis simbol seks, namun, terpaksa menelan kerana bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia.
“Tanyalah sesiapa sahaja, tidak ada sesiapa yang suka dilabelkan sebegitu rupa. Jadi saya nafikan sekeras-kerasnya saya akur dilabel sedemikian, seolah-olah macam saya reda saja mendapat label sebegitu,” katanya.
Maria berkata, biarpun berpakaian seksi di luar, dia jarang berpakaian seksi di dalam drama dan filem lakonannya melainkan benar-benar perlu, tetapi ia tidak dilakukan secara keterlaluan.
Lebih selektif
Menyentuh mengenai karier seninya, Maria berkata, dia kini menjadi lebih selektif dan biasanya hanya berlakon satu filem setahun.
Bukan bersikap diva atau berlagak bagus, Maria berkata, ia terpaksa dilakukan bagi mengelakkan dia menerima tawaran yang sama.
“Saya akui, sering ditawarkan watak Datin, Puan Sri dan wanita korporat. Bukan saya yang memilih sebegitu, tetapi sering ditawarkan,” katanya.
Menafikan dia menolak tawaran wanita kampung atau wanita berperwatakan sederhana, Maria menegaskan dia tidak pernah lagi menerima tawaran sedemikian.
“Bohonglah kalau saya katakan saya tak teringin membawa watak lain dari lain, tetapi saya tidak berkesempatan kerana sering diberi kepercayaan membawa watak serupa.
“Justeru, saya amat nantikan untuk menjayakan watak yang lain dari lain, serta mencabar saya,” katanya.
Terbaru, Maria baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Mamak Cupcake arahan, Woo Ming Jing.
Dalam filem tersebut, Maria memegang watak sebagai Datin Nora iaitu ibu kepada Juliana lakonan Siti Saleha. Dia menjadi wanita yang berwatak antagonis apabila cuba mematahkan usaha MJ (Shaheizy Sam) memasuki pertandingan pembuatan kek cawan yang sering dimenangi oleh kekasihnya, lakonan Faizal Ismail.
Selesa sendiri
Lari seketika dari karier seni, Maria menegaskan tidak lagi selesa berbicara mengenai kehidupan peribadinya, apatah lagi jika ada pihak mahu membicarakan mengenai kisah bekas kekasihnya, Shahrizal Jaszle.
“Bagi saya itu semua cerita lapuk dan sudah beberapa tahun berlalu. Saya tidak mahu lagi menceritakan kisah peribadi saya secara melulu dan saya kini selesa hidup sendiri bersama anak.
“Selepas ini, jika ada pun saya berkawan dengan sesiapa, ia akan kekal menjadi rahsia saya sehinggalah ke suatu masa yang sesuai,” katanya.
No comments: