Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Lana Nordin mesti sedih kerana terus dimalukan Johan dengan membuat kenyataan yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan biasa yang rapat dengan dirinya.


Padahal sebelum ini dia mengiyakan Lana Nordin merupakan wanita yang didoakan bertemu jodoh dengannya di depan kaabah ketika mengerjakan umrah.

“Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu”

“Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja”

“Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya,” ujar Johan As’ari.

Dalam laporan sama, Johan As’ari turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dahagakan publisiti murahan dengan membuat tindakan mengejut sebegini.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment