Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Seorang pemandu bas berusia 27 tahun disebut-sebut sebagai paling tampan dan seksi di China setelah gambarnya tersebar di dunia maya. Pemandu itu bernama Xiong Xingyuan berusia 27 tahun dan tinggal di Wuhan, China.

Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan sejumlah ahli di beberapa forum mengatakan dia mirip dengan idola remaja Hong Kong, Daniel Wu.

Dengan tinggi 180 sentimeter, Xiong telah memandu bas selama tujuh tahun setelah menamatkan pengajian di sekolah tinggi. Orang ramai memberikannya gelaran ‘Shuai Xiong’ atau si tampan Xiong dan beliau digambarkan sangat fashionable dan jambu. 




Tidak hanya dari segi fizikal. Xiong juga seorang pemandu yang sangat berhati-hati dan melayan penumpang dengan sopan dan ramah. Selama ia menjalankan tugas sebagai pemandu, Xiong belum pernah mengalami kemalangan.
Meskipun digilai oleh para wanita dan gadis muda, Xiong menyatakan dia hanya menjalankan tugasnya. “Kita harus melayan penumpang sepertimana mereka adalah ahli keluarga kita. Saya hanya ingin memastikan mereka berasa selesa di dalam bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan.

Xiong juga menegaskan dirinya tidak pernah berusaha mencari perhatian sepertimana yang dituduh oleh banyak pihak. “Di dalam pekerjaan, kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang mahupun seorang artis,” kata Xiong.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment