Kalau dah namanya tiada jodoh, bercinta 8 tahun pun akhirnya akan putus jua. Memanglah kesian mendengarnya, namun itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh Yazer dan Ekin. Hubungan percintaan yang termeterai sekian lama akhirnya lebur jua. Kini Ekin dan Yazer sudah pun kembali solo. Tiada lagi kasih sayang antara mereka berdua.
Berkata kepada Kosmo, Ekin mengesahkan yang hubungan mereka telah tamat awal Disember ini. Kata Ekin:-
Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.
Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik. Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.
si Ekin ini ketika Akademi Fantasia. Orangnya memang kecil comel. Pasti selepas ini akan ada yang cuba memikat. Kalau hati sudah berkenan ketika itu, janganlah bercinta lama-lama. Nikah sahaja terus. Takut perkara yang terjadi dengan Yazer akan berulang pula.
Latest
Slider[Style1]
Style2
Style3[OneLeft]
Style3[OneRight]
Style4
Style5[ImagesOnly]
Style6
Tagged with: Hiburan Tempatan
PERINGATAN!
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- Popular Post
- Video
- Category
No comments: