Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Los Angeles: “Saya nak bersara!” umum Justin Bieber ketika ditemubual dalam rancangan radio, baru-baru ini.
Dalam pengumumannya yang pasti disambut deraian air mata gadis-gadis di seluruh dunia bintang berusia 19 tahun itu berkata mahu mengundurkan diri daripada dunia seni selepas album terbarunya Journals dikeluarkan, minggu depan.
“Selepas album baru itu keluar, saya akan bersara. Serius!” katanya ketika ditemubual stesyen Power 106.

Kenyataannya itu nyata mengejutkan DJ Kurt Alexander atau dikenali sebagai Big Boy serta kakitangan program radio itu.
Bagaimanapun, Bieber mengakui belum memikirkan perkara itu masak-masak.

“Saya mahu berkembang sebagai artis dan perlu keluar sementara daripada bidang ini untuk membolehkan muzik saya menjadi lebih matang,” katanya.

Penyanyi itu banyak menimbulkan kontroversi sejak beberapa bulan kebelakangan ini termasuk berparti dan menggunakan cat sembur untuk ‘menghias’ harta awam di Australia.
“Saya dituduh semakin angkuh, namun itu tidak benar. “Saya sebenarnya sangat bertimbang rasa, tetapi biasalah...masih muda dan tidak lari daripada membuat kesilapan.

“Apa yang penting, saya di sini hanya untuk peminat saya,” katanya.


Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Bieber mendakwa kenyataannya itu sekadar gurauan dan penyanyi itu belum bersedia menyimpan mikrofonnya. - Agensi

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment