Gambar hiasan |
Bukan SS seorang saja, malah, pengikut artis berkenaan turut kurang senang melihat gambar pasangan baru berkahwin itu yang terlalu mesra sampai tahap mengada-ngada.
SS tidak kisah kalau kongsi gambar makan atau berjalan-jalan bersama pasangan, namun, kalau terlalu kerap muat naik gambar berpelukan memanglah merimaskan.
Entahlah apa tujuan sebenar artis berkenaan melakukan demikian tapi pada sudut pandangan SS dia seperti mahu menunjukkan saat bahagia bersama pasangan kepada satu dunia.
Artis berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan sesuatu kepada sesetengah pihak atau bekas kekasih yang kehidupannya sudah bahagia.
Malah artis lain seperti Nurul Wahab dan Ning Baizura yang berkahwin dengan suami mat saleh pun tidak berkelakuan melampau seperti itu di laman sosial malah bersikap ‘cool’ saja.
Memang hubungan pasangan berkenaan halal kerana sudah bergelar suami isteri namun lebih baik menyimpan gambar yang disifatkan lebih privasi untuk tatapan sendiri. Jangan tunggu sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar berkenaan untuk tujuan negatif barulah mahu menyesal.
SS berharap artis yang gemar muat naik gambar bukan-bukan di laman sosial mengambil iktibar kejadian lampau yang menimpa mangsa siber.
mak bapak diakan ada, tkkan diam saja! atau berbangga tk tahulah. mmmm.................
ReplyDelete