Seramai 12 orang dihukum tembak itu ialah penyanyi, pemuzik dan penari band Hyon selepas dituduh merakam aksi 53ks mereka dan menjualnya.
Laporan menyatakan kedua-dua kumpulan itu dibubarkan kerana skandal itu .
Pyongyang: Bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah antara 12 artis negara itu yang dihukum tembak sembilan hari lalu.
Hyon Song-wol, seorang penyanyi, dikhabarkan bekas kekasih Jong-un dan ditahan pada 17 Ogos lalu bersama 11 lain atas dakwaan sama.
Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo menyatakan, Hyon, penyanyi Orkestra Unhasu, adalah antara yang ditahan.
Mereka dihukum tembak tiga hari kemudian bersama beberapa anggota kumpulan pop terkenal lain yang disaksikan anggota keluarga. Anggota keluarga mereka kemudian dihantar ke kem buruh paksa kerana turut dianggap bersalah.
Mereka dihukum dengan tembakan mesingan yang disaksikan anggota penting Orkestra Unhasu, Band Wangjaesan dan band Moranbong Band, kata sumber China.
Kim Jong-un yang menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya pada Disember 2011, dipercayai bertemu Hyon kira-kira 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, bapanya, Kim Jong-il, tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan mengarahkannya putus dengan Hyon.
No comments: