Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Kontroversi di laman mikro blog Weibo minggu ini mengisahkan perihal sebuah website rasmi yang didakwa dimiliki oleh sebuah syarikat pelancongan di Henan yang memaparkan gambar tiga wanita separuh bogel untuk tujuan promosi.

Gambar tersebut bukan sahaja mengejutkan pengguna laman blog mikro itu malah ada yang menyifatkan ianya tidak sesuai mempromosi tempat menarik menggunakan tubuh wanita.

Foto tersebut menampilkan tiga wanita yang hampir bogel berdiri di hadapan pemandangan Pergunungan Shennong di bandar semenanjung Qinyang, satu kawasan tarikan pelancong di China. Posting website itu menulis "Click here for your economical trip!".

Web tersebut kemudiaanya membuang foto tersebut dan mendakwa ianya diambil ketika sebuah program "human body photography" pada tahun 2007 dan menafikan mereka mempromosikan pornogafi. Web tersebut kemudian turut dipadam, dan biro pelancongan Henan mendakwa akaun tersebut sebenarnya adalah palsu dan kejadian tersebut tidak pernah berlaku lapor Shanghaiist.com.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment