Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



SEORANG wanita beraksi gila apabila memukul perutnya yang besar kerana mengandung dengan tukul besi untuk membuktikan perutnya itu agak keras dalam satu rakaman video.
Wanita itu Heather Thorpe, 24 tahun, melakukan aksi itu dirakamkan bekas teman lelakinya Sean Hanlon, memukul perutnya kira-kira sebulan sebelum melahirkan bayi itu, seorang bayi lelaki bernama Jonathon setahun lepas.


Bagaimanapun, apabila Sean yang berusia 26 tahun membawa rakaman itu kepada pihak polis, mereka enggan mendakwa wanita itu kerana tiada kesalahan jenayah dikesan.
Sean berang dengan keputusan polis dan berkata, jika ada video menunjukkan seorang bayi dipukul pastinya pelakunya akan diberkas serta-merta.

Rakaman itu dibuat apabila wanita itu berkaya “Bayi saya ketika ini sangat keras, anda lihat ya,” katanya. Video itu dirakamkan kira-kira setahun lepas sebelum Jonathon dilahirkan.
Video itu menunjukkan Heather menyelak bajunya dan memukul perutnya dua kali tanpa mempedulikan kesan buruk yang bakal berlaku kepada anak dalam kandungannya itu.

Menurut Sean, wanita itu juga pernah menumbuk perutnya sendiri supaya bayi itu keluar dengan sendirinya.

Heather kini tinggal bersama anaknya yang sudah pun berusia setahun di rumah keluarganya di Chelmsley Wood, West Midlands enggan memberikan komennya tentang kes ini.

Polis Wes Midlands dalam laporan siasatan kes ini bertarikh 3 Januari berkata Heather ketika itu dipercayai sudah mengandung kira-kira lapan bulan ketika video itu dirakamkan.

Seorang pekerja sosial pula melihat kekuatan pukulan dalam skala 1 hingga 10 yang paling kuat berkata pukulan dengan tukul besi itu adalah dengan kekuatan 5 atau 6 sahaja.



PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment