Muzium Paling Seram Di Dunia
Catacombs of Palermo di Italy adalah dikenali sebagi salah sebuah muzium paling seram di dunia. Asalnya ianya bukanlah dibina untuk menjadi sebuah muzium. Tapi akhirnya itulah yang terjadi. Dan kini ianya begitu popular dan dikenali sebagai salah sebuah Muzium Kematian. Didalamnya pelawat-pelawat boleh melihat beratus-ratus mumia dari golongan sami-sami yang berkedudukan tinggi hingalah golongan rakyat biasa. Mumia-mumia ini diletakkan dalam keadaan berbaris di sepanjang dinding dalam pakaian di mana mereka telah dikebumikan.
Mumia-mumia Yang Di Asing Berdasarkan Status (Source)
Mumia-mumia yang terdapat disini adalah merupakan mereka-mereka yang meninggal dunia di antara abad ke-17 dan ke-19. Mumia-mumia ini diasingkan berdasarkan status mereka semasa hidup. Kebanyakan mereka semasa hayatnya mewasiatkan bagaimana mereka mahu kelihatan setelah mati. Itulah yang ditunaikan oleh penjaga muzium ini.
Mumia Yang Mengerikan
Mumia-mumia yang dipamerkan di Muzium ini sangat terpelihara. Udara yang sejuk dan persekitaran yang kering membuatkan mereka kelihatan seperti orang yang sedang nyenyak tidur. Walau bagaimanapun mereka-meraka yang pernah melawat ke sini dapat merasakan "keseraman" tersebut apabila memasuki kedalam muzium dan melalui kawasan-kawasan pameran. Ada diantara mumia-mumia ini kelihatan begitu mengerikan dengan mulut ternganga dan mata terjojol. Mereka juga kelihatan seperti begitu bersedia untuk bangun pada bila-bila untuk menyerangpengunjung.



No comments: