Kemaluan Pendek Kerana Sabun Dan Bahan Kimia | Penggunaan racun kimia yang boleh ditemui dalam kehidupan seharian tidak hanya merosakkan kualiti sperma. Secara fizikal dari mata kasar, saiz kemaluan lelaki juga boleh memendek oleh kerana racun-racun yang berasal dari industri tersebut.
Racun BPA banyak ditemui dalam produk berbahan plastik dan bungkusan makanan. PCB banyak terdapat di produk elektronik, serta paraben dan phthalates ada di produk-produk penjagaan seharian seperti sabun dan shampoo.
Selama ini, ancaman dari bahan-bahan tersebut lebih banyak dikaitkan dengan kerosakan sperma dari segi kualiti mahupun kuantiti. Meskipun tidak kelihatan, kerosakan itu sangat menakutkan kerana boleh membuat lelaki tidak mampu menghasilkan keturunan.
Namun para ahli tersebut mengingatkan, ancaman paling serius adalah membuatkan saiz zakar semakin pendek. Semakin banyak menggunakan bahan-bahan tersebut, kemaluan lelaki semakin terancam dan menjadi lebih pendek.
“Bagi perempuan, racun-racun EDC juga mempengaruhi perkembangan sistem pembiakan. Kesuburan menurun, serta lebih cepat mengalami menopause. EDC juga meningkatkan risiko kanser payudara,” kata salah seorang ahli, Dr Markus Johansson.

No comments: