Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Luka akibat dari kebakaran membuat wajah kanak-kanak berasal dari China nampak mengerikan . Ia digelar kanak-kanak ' tanpa wajah ' kerana mukanya rata seperti memakai topeng, ibubapanya tidak mempunyai wang untuk untuk melakukan pembedahan plastik.

Bila melihat wajah Wang Xiaopeng ( 6 tahun) berasal dari Wilayah Ningxia , China, anda mungkin akan sangka ia mengenakan topeng . Luka kebakaran yang mengerikan membuat kanak-kanak ini tidak mempunyai rambut , bibir , kelopak mata , jari tangan dan kaki, akibat kemalangan pada Novemver 2010 .

Kesan dari kecederaan itu membuat sukar bagi Xiaopeng untuk melakukan aktiviti, kerana semua jari- jarinya pun terpaksa dipotong. Bekas luka kebakaran itu juga membuatkan wajahnya rosak dan ibu bapa hanya mampu membayar selama tiga bulan untuk rawatan putera kesayangan mereka tersebut . Untuk membayar semua itu, mereka harus menghabiskan wang simpanan dan menjual rumah serta tanah untuk membiayai kos rawatan yang mencecah 150,000 yuan .

A

Ayahnya Wang Yougiu (32 tahun) hanya memperolehi pendapatan 2,000 yuan setiap bulan sebagai petani , sementara ibunya Zhengwei Xiu (30 tahun) adalah suri rumah tangga.

" Kami tahu anak yang lebih muda akan mendapatkan hasil cantuman kulit dan pembedahan kosmetik yang lebih baik. Tapi kami tidak ada wang," jelas ayahnya, Yougiu , seperti disiarkan Dailymail .

Xiaopeng kini hanya tinggal di rumah kerana rakan-rakan sekolahnya takut melihat penampilan Xiaopeng . Tentu saja hal ini membuat hati ibubapanya remuk .

" Melihat anak saya seperti ini sangat menyakitkan. Ditambah lagi Xiaopeng akan semakin menderita di musim panas, ketika panas dan nyamuk membuat kulitnya yang sensitif semakin terasa sakit, " lanjut ayahnya.

Keluarga meminta para dermawan tempatan untuk membantu mereka kerana diperlukan 300,000 yuan untuk membayar tiga pembedahan yang membantu Xiaopeng bernafas dan memperbaiki penampilannya.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment