Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Hubungan yang terjalin antara Jackie Chan dan Elaine Ng telah melahirakan seorang anak perempuan pada tahun 1999.

Jackie tak pernah menikahi Elaine. Jackie juga tak pernah secara rasmi mengakui Etta Ng yang lahir dari rahim Elaine, sebagai anaknya.

"Saya lakukan kesilapan seperti mana lelaki lain di dalam dunia ini," ujar Jackie ketika ditemuramah mengenai hubungan sulitnya dengan Elaine.

Elaine yang pernah menjawarai Miss Asia 1990, telah lama menutup kehidupannya dan anak perempuannya dari sorotan media.

Baru-baru ini, paparazzi berjaya mengekori Elaine dan Etta berjemur di tepi pantai di Hong Kong. Etta yang tahun ini berusia 14, dan Elaine yang bakal meraikan ulangtahunnya ke 41 pada 27 September ini dilihat memakai bikini.

Xin MSN pada Jumaat lalu menulis kedua-duanya sedang menikmati sun-bathing selama dua jam, sebelum pergi ke tempat pembilasan.

Seperti biasanya, Elaine tampak protektif terhadap anak perempuannya. Setelah menyedari gerak-gerik mereka diintai paparazzi, Elaine dan Etta segera meninggalkan pantai tersebut.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment