Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Baunya mungkin terlalu busuk dan sentiasa terdedah kepada kemungkinan letupan.

Petak asmara yang dibina bersebelahan dengan Gunung Berapi Solfatara.

Bagaimanapun, bagi lelaki yang berdepan dengan masalah ereksi, mengadakan seks di kaki sebuah gunung berapi mungkin boleh menyelesaikan masalah mereka.

Satu kawasan pandu masuk dibina di Naples dengan ‘enam petak letak kereta’ di kaki gunung berapi Solfatara.

Hidrogen sulfida yang dikeluarkan gunung berapi itu terbukti membantu kaum lelaki yang mempunyai masalah ereksi digelar ‘Viagra asli.’

Pengunjung yang dibekalkan dengan maklumat mengenai seks selamat ketika membayar untuk menggunakan petak letak kereta itu dikatakan hanya perlu menghirup udara berdekatan gunung berapi itu bagi mendatangkan keinginan seks.

Yang tidak menyenangkan ialah gas itu yang dikenali sebagai ‘bau syaitan’ dan bau seperti telur busuk. Ia boleh menjadi racun jika kuantitinya banyak.

Menurut pakar, jumlah kecil gas itu boleh memberi kesan seperti Viagra dalam merawat masalah mati pucuk jika satu produk baru dihasilkan secara teratur.

Pelanggan hanya perlu membayar untuk meletakkan kereta dan memasuki petak yang dikepung sebelum boleh menikmati seks dengan pasangan masing-masing. 

-The Sun

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment