Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Pelakon dan pengarah popular, Pierre Andre yang sinonim dengan filem bercorak seram dan romantic kembali ke kerusi pengarah dengan menghasilkan filem aksi pertamanya, "1 Lawan Satu" di bawah terbitan Metrowealth International Group (MIG).

"Saya sebenarnya dari dulu lagi minat nak hasilkan filem aksi, tetapi saya tidak berani nak buat kerana saya tak tahu apa cabarannya. Namun apabila saya dah lakukannya, saya rasa seperti saya sudah jumpa sesuatu yang menyeronokkan iaitu aksi," katanya ketika ditemui pada majlis pra tonton filem "1 Lawan Satu" di TGV Sunway Pyramid pada Khamis.

Ditanya tentang keputusan memilih barisan pelakon baru, Pierre memberitahu dia lebih senang bekerjasama dengan mereka kerana tidak mempunyai masalah disiplin.

"Saya suka bekerja dengan pelakon baru kerana mereka tidak mempunyai masalah disiplin. Kalau pelakon terkenal, kita kena ikut jadual mereka. Jadi saya tak nak kusutkan kepala saya memikirkan hal seperti itu.

"Oleh itu saya memilih pelakon baru kerana saya boleh bentuk mereka dan mereka tidak akan memberi saya masalah yang tidak patut saya fikirkan," ujarnya lagi.

"1 Lawan Satu" yang bakal ditayangkan pada 27 Jun akan datang diterajui oleh adiknya, Mikail Andre dan Azlan Komeng serta Along Eyzendy, Fyza Kader, Mimie Ernida, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Pierre bakal bergelar suami kepada seorang model Siti Nurhidayah Hashim dalam satu majlis akad nikah pada Ahad ini di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment