Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Selaku seorang ayah kepada pelakon popular Nabila Huda, sudah tentu sedikit sebanyak merasai tekanan apabila kisah cinta anaknya itu seringkali mendapat tumpuan masyarakat. Terbaru dikatakan hubungan Nabila Huda dan Nas-T sudah pun berakhir. Ada desas-desus mengatakan Amy Search adalah punca keretakan perhubungan mereka.



Namun begitu, ditemui oleh portal Murai, Amy Search menafikan yang dirinya menjadi penghalang percintaan anaknya. Kata Amy:-

"Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri. Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya. Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya"


Hmmmm. Nampak gayanya permasalahan yang timbul dalam hubungan Nabila Huda dan Nas-T berpunca daripada diri masing-masing. Semenjak dua ini memang jarang Nabila berkongsi gambar mesranya bersama Nas-T. Adakah hubungan mereka memang sudah pecah berderai? Hanya Nabila yang tahu. Sama-samalah kita nantikan.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment