Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Penjelasan Shila Amzah isu tayang dada dengan pakaian ketat - Cukup terkejut dan tersentak kerana dihentam dan dikutuk teruk peminat akibat gambar tayang dada dengan pakaian ketat yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya dua minggu lepas, Shila Amzah akhirnya mengakui terlupa dan tidak menyedari akan budaya Malaysia yang jauh berbeza berbanding di China.

“Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung mengenai perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian hanyalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim. Setelah memuatnaik gambar tersebut, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta agar saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu barulah saya tersedar bahawa ia sensitif.”“Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung mengenai perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian hanyalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim. Setelah memuatnaik gambar tersebut, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta agar saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu barulah saya tersedar bahawa ia sensitif.”




Menurut penyanyi popular ini, sejak bermastautin di Shanghai, China, beliau mengakui mempunyai banyak masa terluang kerana tinggal seorang di rumah. Jadi, Shila memanfaatkan masa yang ada untuk berkomunikasi dengan para peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi mengenai aktivitinya setiap hari.

“Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan bermasa dengan peminat jika mempunyai masa terluang. Mungkin kerana itu saya tidak menyangka bahawa ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita adalah berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain.”

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment