Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6




Pelakon baru Mikail Andre memberitahu agak gugup apabila pertama kali berlakon di bawah arahan abangnya sendiri iaitu Pierre Andre untuk filem aksi "1 Lawan Satu".

"Pada hari pertama penggambaran, saya rasa gugup dan segan sebab bekerja di bawah arahan abang sendiri. Ini kerana gelagat di rumah lain dan di set penggambaran sudah tentu lain. Namun pada hari kedua dan sampai tamat penggambaran, kami sudah mempunyai persefahaman," katanya ketika ditemui pada majlis pra tonton filem "1 Lawan Satu" di TGV Sunway Pyramid, Khamis.

Tambah Mikail lagi, dia bersyukur dapat berlakon di bawah arahan abangnya yang banyak memberi tunjuk ajar untuk menjadi seorang pelakon yang bagus.

Mikail berkata, dia turut ada membuat rujukan untuk mendalami watak Radhi dalam filem "1 Lawan Satu" yang merupakan seorang 'street fighter'.

"Saya ada buat rujukan sedikit daripada filem "Fight Club" kerana wataknya hampir sama dengan watak yang saya bawakan. Saya juga selalu masuk gim untuk kuatkan stamina kerana dalam filem ini, banyak babak lawan yang saya perlu lakukan," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mikail sekali lagi bakal muncul dalam filem seram arahan Pierre iaitu "Highland Tower" dan "Kisah Paling Gangster" arahan Brando Lee.

"1 Lawan Satu" bakal ditayangkan di pawagam bermula 27 Jun ini.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment